Oleh Perry Noble:
1. Apabila alasan diberikan mengenai keadaan gereja daripada bertindak dan menyelesaikan masalah.
2. Apabila gereja berpuas hati dengan hanya menerima orang yang datang daripada sebenarnya keluar dan mencari mereka... dalam erti kata lain, mereka kehilangan cinta untuk menginjil.
3. Fokusnya adalah untuk membina gereja yang hebat (lengkap dengan gambar pastor... dan isterinya... di segala tempat) dan bukan Kerajaan Tuhan.
4. Kepimpinan mula selesa dengan yang biasa daripada bersandar pada yang luarbiasa.
5. Gereja mula menilai kejayaan / kegagalan dengan bagaimana mereka dipandang dalam dunia kegerejaan daripada samada mereka sebenarnya menunaikan Amanat Agung!
6. Pemimpin-pemimpin di gereja tidak boleh diajar lagi.
7. Sudah kehilangan suatu rasa kecemasan! (Neraka tidak lagi panas, dosa tidak lagi salah dan salib tidak lagi penting!)
8. Firman Tuhan tidak menjadi pertimbangan utama dalam setiap keputusan yang dibuat!
9. Gereja sering bertindak mengikut keadaan bukan bertindak mencipta keadaan.
10. Orang-orang di gereja kehilangan wawasan untuk generasi berikutnya dan enggan membiaya pelayanan kerana mereka tidak dapat memahami "anak-anak muda itu."
11. Matlamat gereja hanyalah untuk mengekalkan keadaan seperti sedia ada... bukan untuk menggoncang keadaan dan / atau menyinggung perasaan sesiapa... terutama penderma-penderma yang besar!
12. Gereja tidak lagi rela mengambil langkah iman kerana terlalu banyak risiko yang perlu diambil.
13. Gereja tidak mempedulikan keperluan-keperluan yang jelas dan sedang wujud dalam masyarakat.
14. Umat belajar bersandar pada satu orang melayani semua orang daripada semua orang mengambil peranan dalam tubuh, dan dengan demikian membolehkan tubuh menjaga dirinya.
15. Apabila pemimpin-pemimpin / kakitangan-kakitangan gereja enggan mengambil usaha lebih untuk memimpin dan melayani kerana ianya "menyusahkan" untuk melakukan.
(Diterjemah daripada artikel Church Leaders bertajuk "15 Signs Your Church Is In Trouble" penulisan Perry Noble)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan