Profesional media sosial Marty Duren berkongsi lima daripada kesilapan paling biasa dilakukan oleh pastor-pastor berkenaan media sosial.
Media sosial memang sudah bertapak. Facebook, Twitter, LinkedIn, Periscope, Blab, blog dan bentuk media sosial yang lain terus mendominasi komunikasi. Menurut Pew Research (sehingga September 2014), 71% daripada orang dewasa yang melayari web menggunakan Facebook, 23% menggunakan Twitter, 26% menggunakan Instagram, dan 28% menggunakan Pinterest. Para remaja meminati Facebook (71%), Instagram (52%), Snapchat (41%), Twitter (33%), G+ (33%), dan Vine (24%). Sekitar 6.7 juta orang di sekeliling dunia pada 2014 menerbitkan di blog. Berjuta-juta orang lagi membaca blog. Suatu anggaran pada 2012 menyatakan 25 bilion halaman blog (blog pages) dibaca setiap bulan. Facebook dan YouTube telah menjadi hos kepada perdebatan politik nasional.
Acara-acara sukan, siaran rancangan televisyen, dan program politik semuanya menggunakan hastag untuk mencipta komuniti di sekeliling acara itu. Orang-orang yang tak akan pernah bertemu dapat mengambil bahagian dalam perbualan kerana media sosial.
Namun begitu, walau pun terdapat begitu banyak bantuan yang tersedia bagi orang di media sosial, dan impak sosial yang begitu besar ke atas budaya kita, ramai pastor yang melakukan lima kesilapan ini.
1. Tidak Libatkan Diri Di Media Sosial
Seorang pastor yang tidak libatkan diri di media sosial boleh diabndingkan dengan seorang pastor yang tidak menggunakan telefon, komputer, atau mikrofon apabila mereka berkhutbah. Media sosial memberikan seorang pastor seumpama stesen televisyen, stesen radio dan syarikat percetakan mereka sendiri. Ini adalah satu bidang dalam budaya kita yang para pastor tidak boleh abaikan. Potensi jangkauan media sosial jauh melebihi daripada apa yang dapat dilakukan oleh seorang pastor yang melayani secara peribadi dalam seumur hidup.
2. Tidak Konsisten.
Pastor-pastor tidak perlu melibatkan diri dalam setiap wadah media sosial agar dapat menjadi berkesan dalam satu atau lebih. Satu faktor penting ialah tindakan konsisten. Log in kepada Facebook sekali dalam seminggu dua, atau menghantar tweet sekali sebulan adalah hampir tidak berfungsi. Orang perlukan penglibatan, yang memerlukan tindakan konsisten. Suatu pos di blog sekurang-kurangnya tiga kali seminggu, berkongsi kandungan yang bagus di Facebook, atau mengepos ringkasan khutbah pada petang Ahad di Periscope boleh menjadi sangat berkesan.
3. Bertindak Menyerang Dan Melakukan Itu Secara Berterusan.
Kadang-kala orang menggunakan media sosial sebagai saluran untuk menyerang segala yang mereka tidak suka. Mereka telah digelar sebagai "pahlawan keyboard." Menggunakan media sosial sebagai satu-satunya cara merungut mengenai politik dan masyarakat adalah strategi yang buruk. Kita perlu lebih dikenali untuk apa yang kita dukung daripada apa yang kita bantah. Jika kita sering bertindak menyerang, ianya boleh menjauhkan orang-orang yang betul-betul perlu dijangkau dengan Injil.
4. Tidak Menggunakan Humor.
Adalah jelas bahawa tidak semua orang memiliki keupayaan untuk berjenaka. Tidak semua orang boleh menjadi pelawak. Tetapi itu tidak bererti bahawa pastor perlu menjadi orang yang murung. Jumlah yang besar memes, dan video, serta kandungan lawak orang lain tersedia digunakan untuk membuat orang ketawa. Amsal mengatakan bahawa hati yang gembira, bukan yang merungut, adalah ubat yang manjur.
5. Menanggap Media Sosial Sebagai Sesuatu Yang Bersifat Jahat.
Ketika Facebook mula mendapat pengikutan yang ramai, terdapat banyak kisah-kisah hubungan luar nikah "kerana Facebook." Sekurang-kurangnya seorang pastor melarang kakitangan gerejanya daripada memiliki akaun Facebook. Seolah-oleh perzinaan tidak pernah wujud sebelum adanya media sosial. Satu cerita mengaitkan sejumlah besar permohonan penceraian dengan media sosial dalam satu cara atau lain.
Media sosial adalah seperti telefon, kereta, suratkhabar, majalah, penukul, mesin pemotong rumput, atau kuali. Ianya boleh digunakan secara baik atau secara tidak baik, tetapi ianya tidak memiliki sifat moral. Menyalahkan media sosial kerana penyalahgunaannya adalah tindakan yang tidak wajar.
Untuk para pastor, potensi penggunaan yang baik untuk media sosial jauh melebihi penggunaan yang salah. Dalam dunia media sosial yang saling menghubungkan kita setiap waktu membuka kesempatan untuk memiliki pengaruh yang jauh melebihi jaringan kenalan kita. Pastor-pastor wajar menggunakan kesempatan yang diberikan oleh media sosial sebagai alat yang berguna bagi Kerajaan-Nya.
(Diterjemahkan daripada artikel Christianity Today bertajuk, "Five Mistakes Pastors Make On Social Media" penulisan Marty Duren, diposkan oleh Ed Stetzer pada 20 November 2015)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan