Jumaat, 25 Oktober 2013

7 Sebab Anda Harus Membangunkan Lebih Ramai Pemimpin Sekarang

Pastor Rick Warren

Oleh Rick Warren:

Jika anda ingin gereja anda bertumbuh - dan jika anda ingin Kerajaan Tuhan bertumbuh - anda perlu membangunkan lebih banyak lagi pemimpin. Dalam Gereja Awal, suatu perubahan yang menarik terjadi apabila para rasul mengalih daripada hanya mengkhabarkan Injil kepada melancarkan pemimpin.

Alkitab mengatakan dalam beberapa fasal permulaan Kisah Para Rasul bahawa Tuhan sedang "menambah" kepada gereja setiap hari. Tidak lama dalam kehidupan gereja di Yerusalem, telah timbul perselisihan antara orang-orang Yahudi yang berbahasa Yunani dan orang-orang Yahuni yang berbahasa Ibrani mengenai penjagaan anak-anak yatim dan janda-janda. Rasul-rasul itu meminta agar pemimpin-pemimpin daripada gereja diketengahkan, dan kemudian mereka melancarkan tujuh orang untuk menyelia satu pelayanan yang baru. Dengan tiba-tiba perkataan yang dipakai berubah daripada Tuhan "menambah" (adding) kepada gereja ke gereja makin "berlipatganda" (multiplying).

Dari Kisah Para Rasul 6, kita boleh mendapat sekurang-kurangnya tujuh pelajaran untuk gereja-gereja yang ingin bertumbuh dengan memberi kuasa dan melancarkan lebih pemimpin-pemimpin.

1. Sebuah gereja yang bertumbuh ialah idea alkitabiah. Ianya mengatakan "Pada masa itu, ketika jumlah murid makin bertambah." Jika sesebuah gereja tidak bertumbuh, seringkalinya adalah kerana sesuatu yang tidak sihat. Benda-benda yang sihat akan bertumbuh. Kecualilah jika komuniti telahpun dijangkau sepenuh dan semua orang yang boleh dijangkau telah dijangkau, sesebuah gereja perlu mengenalpasti apakah yang tidak berfungsi dengan baik dalam proses pembangunan pemimpin. Kami sering mengatakan bahawa jika ada seorang yang belum mengenal Kristus, kita akan terus bertumbuh. Gereja yang bertumbuh ialah gereja yang alkitabiah.

2. Pertumbuhan gereja menyebabkan masalah. Kisah Para Rasul 6 mengatakan "Timbullah sungut-sungut." Ini akan berlaku di mana-mana gereja. Kadang-kadang orang datang kepadaku dan berkata, "Pastor Rick, kami benar-benar mengalami masalah di gereja kami." Aku mahu kata, "Yang mana satu? Aku tahu ada beratus jenis. Yang mana satukah yang anda maksudkan?" Mereka akan kata, "Mungkin anda tak mengenal yang ini, tetapi ada keperluan ini." Tentu saja kami mengenal masalah itu. Kami menghadapinya siang dan malam. Tetapi proses membangunkan pemimpin mengambil masa, jadi akan selalu ada kekurangan yang perlu diisi dalam mana-mana pelayanan yang bertumbuh.

3. Masalah seringnya adalah keperluan yang tidak dipenuhi. Perenggan itu mengatakan "Timbullah sungut-sungut di antara orang-orang Yahudi yang berbahasa Yunani... kerana pembagian kepada janda-janda mereka diabaikan dalam pelayanan sehari-hari." Kita ingin fikir bahawa semua orang dalam keahlian gereja adalah bersama dalam menjayakan keutamaan membawa lebih ramai jiwa-jiwa kepada Yesus, tetapi orang-orang Kristian pun akan kehilangan fokus apabila ada keperluan dalam hidup mereka yang tidak dipenuhi - samada yang benar-benar wujud ataupun yang wujud dalam imaginasi. Apabila anda mengalami masalah kepimpinan dalam gereja anda, ianya seringkalinya berpunca daripada keperluan yang tidak dipenuhi dalam seseorang peribadi.

4. Para pastor tidak dapat melakukan semuanya. Respons para rasul kepada keperluan ini ialah, "Kami tidak merasa puas, karena kami melalaikan Firman Allah untuk melayani meja." Ianya keperluan yang memerlukan perhatian tetapi itu bukanlah sesuatu yang dipanggil Tuhan untuk mereka penuhi. Pemimin-pemimpin rohani tidak akan dapat kekal lama sebagai pemimpin rohani jika mereka tidak menghabiskan cukup masa di kaki Yesus untuk mendapat hikmat, pimpinan dan visi.

5. Orang-orang percaya yang dipenuhi Roh akan membantu para pastor. Rasul-rasul itu mengatakan, "Pilihlah tujuh orang dari antaramu, yang terkenal baik, dan yang penuh Roh dan hikmat, supaya kami mengangkat mereka untuk tugas itu." Adalah menarik apabila anda membaca nama-nama dalam Kisah Para Rasul 6 - Stefanus, Filipus, Prokhorus, Nikanor, Timon, Parmenas dan Nikolaus - anda akan dapati bahawa itulah nama-nama Yunani. Dan orang-orang ini mengambil berat tentang keperluan-keperluan orang-orang percaya yang berbahasa Yunani di Gereja Awal itu.

6. Para pastor harus menumpukan kepada doa dan pengajaran. Kemudian mereka katakan, "Supaya kami sendiri dapat memusatkan fikiran dalam doa dan pelayanan Firman." Pada satu waktu, aku perlu membuat suatu perjanjian dengan Saddleback Church. Jika para jemaat mengambil tanggungjawab melakukan pekerjaan pelayanan, aku akan pastikan mereka diberi makan yang sebaiknya. Itu telah menjadi matlamatku sejak masa itu. Pelayanan di Saddleback telahpun melebihi keupayaanku sejak masa yang lama dulu. Tentu sekali aku tidak dapat melakukan semua pelayanannya. Bahkan aku tidak dapat lakukan sebahagian kecil sahaja pelayanannya. Tetapi aku boleh pastikan jemaat diberi makan yang sebaiknya.

7. Hasil daripada pelayanan jemaat ialah pertumbuhan yang makin bertambah. Perenggan itu mengatakan, "Usul itu diterima baik oleh seluruh jemaat... Firman Allah makin tersebar." Terjadi pembahagian tugas dan pengutusan. Di banyak gereja-gereja, anda hanya berperanan hadir dan memberi. Tetapi itu hanya dua perkara kecil berkenaan apa yang Tuhan mahu lakukan dalam hidup anda. Kita telah mengizinkan budaya penonton mempengaruhi gereja-gereja kita.

Tetapi Tuhan mahu kita mengatur dan menggerakkan setiap orang untuk pelayanan - para pastor dan kakitangan gereja bertanggungjawab untuk memperlengkapi semua orang percaya untuk pekerjaan pelayanan. Kita perlu mengatur dan menggerakkan setiap orang untuk pelayanan. Inilah proses pembangunan kepimpinan. Dan ini amat penting untuk menunaikan Amanat Agung Tuhan.

(Diterjemah daripada artikel Ministry Today bertajuk "7 Reasons You Should Develop More Leaders Now" penulisan Rick Warren)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan