Jumaat, 11 Oktober 2013

Mengapa Penginjilan Harus Mengfokus Kepada Orang-Orang Yang Terbuka Hati



Oleh Rick Warren:

Adalah membuang masa memancing di tempat yang ikannya tidak mahu menggigit. Penangkap-penangkap ikan yang bijak akan mencari tempat yang lain. Mereka tahu bahawa ikan makan pada waktu yang berbeza dalam sehari dan di tempat yang berbeza. Untuk applikasi dalam pelayanan, anda perlu mengfokus kepada orang-orang yang paling terbuka hati di kawasan anda.

Ini bukanlah prinsip pemasaran. Ini adalah prinsip asas Perjanjian Baru. Yesus mengajarkannya dalam perumpamaan orang yang menabur benih. Apabila anda menabur benih, ada yang akan jatuh ke jalanan, ada ke tanah yang berbatu, ada ke tanah yang keras dan ada ke tanah yang baik. Bukankah baik kalau kita tahu di mana tanah yang baik dan menabur semua benih kita di situ? Mengapakah kita mahu bazir benih, masa, usaha, tenaga dan wang? Menyediakan tanah ialah tanggungjawab Tuhan, tanggunjawab kita ialah menabur benih. Anda tidak melakukan penyediaan tanahnya. Tuhan menggunakan segala jenis cara di bawah kekuasaan-Nya seperti penceraian, krisis, kematian, masalah ekonomi, berhenti kerja, bayi yang baru lahir dan pekerjaan baru untuk menyediakan tanahnya. Tetapi Tuhan memakai anda untuk menabur.

Kenyataannya, keterbukaan kepada Injil berubah-ubah pada waktu-waktu yang berbeza dalam hidup seseorang. Kadang-kadang orang akan sangat terbuka kepada Injil dan kadang-kadang dia akan sangat tertutup. Dan keterbukaan itu tidak akan kekal selamanya. 

Yesus memahami benar hal ini, jadi Dia katakan, "Pergilah kepada orang yang mahu mendengar." Apabila mengutus murid-murid-Nya untuk menginjil, Dia mengatakan, 

"Apabila seorang tidak menerima kamu dan tidak mendengar perkataanmu, keluarlah dan tinggalkanlah rumah atau kota itu dan kebaskanlah debunya dari kakimu." (Matius 10:14)

Itu adalah kenyataan yang sangat penting. Yesus sedang mengarahkan murid-murid-Nya untuk meninggalkan tempat-tempat yang tidak menunjukkan keterbukaan dan pergi ke tanah yang lain. Terdapat jauh lebih ramai orang di dunia yang mahu menerima Kristus daripada orang yang bersedia mengongsikannya. Kita harus sering-sering bertanya kepada Tuhan, "Tuhan, siapakah yang Kau sedang sediakan saat ini untukku bercakap dengan?

Kalau buahnya sudah masak, anda tidak perlu menariknya dengan kuat. Ianya akan terpetik dengan mudah. Strategi Paulus ialah untuk memasuki pintu terbuka dan tidak membuang masa menghentam pintu-pintu yang tertutup. 

Pernahkah anda mendengar ini? "Pastor, aku fikir sebelum kita pergi mencari orang-orang baru, kita patut mencari balik semua orang-orang lama yang telah meninggalkan gereja." Ini adalah strategi yang pasti akan membawa kemerosotan gereja sebab mereka yang telah meninggalkan gereja seringkalinya telah membuat keputusan untuk tidak terbuka kepada misi dan mesej gereja. Ianya memerlukan lebih sepuluh kali ganda tenaga untuk mendapat kembali seseorang yang telah tersinggung, suka berkelahi dan marah daripada untuk pergi mencari dan memenangkan seseorang yang belum meletakkan kepercayaan kepada Kristus. Tuhan memanggil kita untuk memberi makan domba, bukan untuk menangkap kambing. 

Gereja-gereja yang bertumbuh mengfokus kepada menjangkau orang-orang yang terbuka hati sementara gereja-gereja yang tidak bertumbuh mengfokus kepada mencari kembali orang-orang yang tidak lagi aktif. 

Siapakah orang-orang yang paling terbuka hati dalam komuniti anda? Bagaimanakah anda tahu samada mereka siap untuk dijangkau? Orang-orang yang sedang mengalami perubahan, samada yang baik atau tidak baik, pada umumnya adalah lebih terbuka. Apabila orang sedang melalui perubahan, baik atau buruk, ianya membuat mereka lebih terbuka kepada Injil. Orang yang mengalami perubahan (in transition) dan orang yang di bawah tekanan (under tension) adalah orang-orang yang paling terbuka.

Apabila orang mengalami perubahan, mereka lebih terbuka. Pekerjaan baru, rumah baru, bayi yang baru, tamat pengajian yang baru, rumahtangga baru. Dan keduanya, mereka yang di bawah tekanan - iaitu tekanan yang secara fizikal, emosi, kewangan dan dalam perhubungan biasanya sedang mencari jawapan, harapan dan kebenaran. 

Jadi, siapakah yang anda kenal yang perlu mendengar Injil? Di manakah Tuhan sedang bekerja dalam komuniti anda?

(Diterjemah daripada artikel laman Pastors.com bertajuk "Why Evangelism Should Focus On Receptive People" bertarikh 2 Oktober 2013 penulisan Rick Warren)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan