![]() |
Reverend Billy Graham |
Kemungkinan
tiada tokoh penting gereja untuk 50 tahun yang lepas yang begitu dikagumi dan
dihormati oleh kedua-dua dunia Kristian dan bukan Kristian seperti Rev. Billy
Graham. Walaupun dia juga mengalami sebilangan kritikan dalam tempoh itu, namun
tidak ada skandal yang menggoncang pelayanannya - biarpun pelayanannya telah
diperhatikan dengan teliti sekali.
Salah satu
sebab utama Reverend Billy Graham dan rakan-rakan sepelayanannya telah mengelak
permasalahan dan skandal boleh dikesan kembali ke November 1948, dan apa yang
terjadi di sebuah bilik hotel di Modesto California. Di situlah Manifesto
Modesto telah dirumuskan.
![]() |
Dari kiri: Cliff Barrows, Billy Graham dan Bev Shea di satu acara
|
Graham dan
rakan-rakannya, Bev Shea, Grady Wilson, dan Cliff Barrows, baru saja mula
terlibat dalam kebaktian-kebaktian penginjilan. Pada waktu itu, ramai penginjil
yang bergerak merentas daerah dan negeri di seluruh negara. Dan sebilangan
daripada mereka terjebak ke dalam skandal - secara moral, etika dan kewangan.
Dengan kerinduan untuk memastikan pelayanan mereka terus bebas daripada
skandal, empat pemuda itu bertemu untuk berbincang tentang masalah-masalah yang
dihadapi para penginjil. Mereka mengemukakan empat masalah yang perlu dielakkan
dan cara-cara untuk mengelakkannya.
1. Kewangan
Adalah
amalan biasa di kalangan para penginjil untuk memberikan perhatian dan
penekanan dalam pungutan pemberian kasih. Amalan itu boleh mengundang kritikan
yang tidak diperlukan - dan juga godaaan. Pemuda-pemuda itu berikrar tidak akan
memberi tumpuan kepada pemberian kasih. Untuk mengelakkan kritikan, mereka akan
selalu membiarkan jawatankuasa kempen tempatan untuk menyelia pungutan
pemberian kasih dan mengatur perbelanjaan dari tabung kewangan - mereka akan
menerima gaji yang tetap tanpa mengira berapa banyak pemberian kasih yang
dipungut.
![]() |
Billy Graham mengadakan pelajaran Alkitab harian
dengan keluarga di rumah pada tahun 1957 |
2. Kejatuhan
Moral
Pemimpin-pemimpin
agama terutama mereka yang selalu bergerak dari satu tempat ke tempat lain,
kerap kali boleh terjatuh ke dalam godaan ini. Empat pemuda itu bersetuju untuk
sentiasa berdoa kepada Tuhan untuk melindungi mereka daripada bahaya ini.
Mereka juga telah menetapkan beberapa peraturan untuk diikuti. Mereka tidak
akan mengizinkan diri mereka untuk bersendirian dengan wanita - semasa makan
tengahari, dalam sesi kaunseling, atau dalam kenderaan ke auditorium ataupun
lapangan terbang. Dan mereka akan selalu menempah bilik hotel mereka berdekatan
satu dengan lain sebagai satu langkah berjaga-jaga.
![]() |
Billy Graham dan rakan-rakannya berlutut dan berdoa
(14 Julai 1950)
(Dari kiri: Cliff Barrows, Jerry Beaver, Billy Graham dan Grady Wilson) |
3.
Ketidakjujuran
Empat pemuda
itu juga ingin mengelak daripada amalan melaporkan jumlah yang telah ditokok
tambah mengenai bilangan orang yang mengikuti rapat umum dan bilangan orang
yang telah diselamatkan. Mereka hanya akan menyebut tentang jumlah bilangan
sekiranya pihak polis, bomba atau pengurus tapak acara yang
melaporkannya.
4. Kritikan
Kerap kali
ada penginjil yang mengkritik pastor-pastor dan gereja-gereja tempatan dari
mimbar. Empat pemuda itu berikrar tidak akan melakukan ini, dan mereka juga
tidak akan mengkritik pastor-pastor yang telah secara terbuka mengkritik
mereka.
(Discipleship
Journal, Bilangan 84, Nov/Dis 1994, mukasurat 45)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan