Oleh John Upchurch:
Seorang guru yang palsu tidak akan memberitathu anda bahawa
dia sedang mengajar ajaran sesat. Sebenarnya, dia biasanya akan kelihatan dan
kedengarannya begitu ikhlas dan bersungguh-sungguh sehingga anda tidak sedar
bahawa dia sedang memutarbelitkan Firman Tuhan. Bilangan pendengar di
kelilingnya juga tidak menjadi petanda, sebab ramai orang yang telah dan masih
disesatkan oleh ajaran-ajaran yang sedap didengar.
Nabi Yeremia telah memberitahu umat Israel berulang-ulangkali apa yang Tuhan rencanakan untuk Yerusalem, menggesa mereka untuk berpaling daripada jalan mereka yang jahat. Tetapi umat lebih gemar mendengarkan nabi-nabi palsu yang memberitahu mereka apa yang mereka ingin dengar. Kita perlu pastikan bahawa kita tidak melakukan hal yang sama.
Nabi Yeremia telah memberitahu umat Israel berulang-ulangkali apa yang Tuhan rencanakan untuk Yerusalem, menggesa mereka untuk berpaling daripada jalan mereka yang jahat. Tetapi umat lebih gemar mendengarkan nabi-nabi palsu yang memberitahu mereka apa yang mereka ingin dengar. Kita perlu pastikan bahawa kita tidak melakukan hal yang sama.
Jadi, bagaimana sebenarnya kita dapat mengesan samada
seseorang itu adalah "serigala yang menyamar sebagai domba"? Anda
jadilah seorang "pemeriksa buah". seperti yang Yesus katakan (Matius
7:15-16). Menurut Pastor Shane Idleman dari Westside Christian Fellowship
terdapat tujuh petanda yang boleh mengelakkan kita daripada diperdaya.
1. Sumber yang Berbeza
Guru-guru yang benar akan selalu akan menggunakan Alkitab
pertama, kedua dan selalu. Mereka mungkin menggunakan sumber maklumat yang lain
untuk menerangkan apa yang diajarkan oleh Alkitab, tetapi dasar pengajaran
mereka sentiasa dibina di atas "Demikianlah Firman Tuhan...." Jika
anda mula mendengar lebih dari sumber-sumber lain selain Firman Tuhan, anda
mungkin perlu melepaskan diri.
2. Mesej yang Berbeza
Keseluruhan mesej seorang guru yang benar akan sentiasa
berpusatkan injil Yesus Kristus. Guru-guru yang palsu mungkin akan menyebut
nama Yesus sekali-sekala, tetapi mereka akhirnya menyangkal keilahian dan
kuasa-Nya (2 Petrus 2:1). Tentu saja mereka tidak akan melakukannya secara
terbuka pada mulanya dan anda perlu mendengar dengan berhati-hati samada Yesus
adalah teras mesej mereka.
3. Kedudukan yang Berbeza
Guru-guru yang benar akan menyatakan dosa kita dan keperluan
kita untuk diselamatkan - dan hidup mereka akan membuktikannya. Guru-guru palsu
akan menjanjikan kebebasan, tetapi mereka sendiri adalah "hamba-hamba
kebinasaan" (2 Petrus 2:19). Jika gaya hidup seseorang guru membawa anda
ke arah keinginan nafsu, ketamakan, kecemburuan dan keinginan lain yang
menguasai, mereka pastinya tidak layak untuk mengajar.
4. Karakter yang Berbeza
Mereka yang benar-benar mengikuti Yesus akan mengejar buah
Roh (Galatia 5:22-23). Mereka tidaklah sempurna, tetapi mereka akan berusaha
dengan segenap kekuatan yang diberikan Tuhan untuk menjadi lebih seperti
Kristus. Guru-guru yang palsu, sebaliknya menjalani kehidupan yang penuh
keangkuhan. Dan itu membawa kepada kehancuran (Amsal 16:18)
5. Pendekatan yang Berbeza
Apakah yang dikatakan oleh guru itu mengenai tujuan dari
pengajaran mereka? Adakah mereka menyatakan Firman sebagai sebab kesungguhan
mereka untuk mengkhabarkan Injil? Adakah mereka ingin anda mempercayai apa yang
Tuhan katakan mengenai bagaimana kita boleh diselamatkan daripada murka Allah
(Roma 5:9)? Guru-guru palsu akan mendasarkan pengajaran mereka pada keinginan
duniawi, memimpin orang kembali keada dosa (2 Petrus 2:18). Mereka akan
menggesa anda untuk menfokus kepada perkara-perkara dunia ini.
6. Buah yang Berbeza
Selalu periksa hasil dalam kehidupan mereka yang mengikuti
pengajaran seorang guru. Mereka yang mempelajari daripada guru-guru yang benar
akan bertumbuh dalam pengenalan mereka mengenai Yesus (2 Petrus 3:18). Mereka
yang mempelajari dari seorang guru palsu akan menjadi seperti "mata air
yang kering" (2 Petrus 2:17). Dalam perkataan lain, mungkin apa yang
mereka katakan kedengarannya hebat, tetapi mereka tidak menghasilkan apa pun yang
mempunyai nilai kekekalan.
7. Kesudahan yang Berbeza
Inilah bahagian yang harus menyedarkan kita dan memberi
perhatian kepada hal ini. Ini perkara yang sangat penting. Guru-guru palsu
memimpin orang ke arah kebinasaan (2 Petrus 2:1). Yesus akan memberitahu mereka
bahawa Dia tidak pernah kenal mereka (Matius 7:21-23). Mereka yang mempelajari
daripada guru-guru benar Injil akan menerima hidup berkelimpahan sekarang dan
selamanya (Roma 5:17).
Dalam sebuah artikel yang popular di Crosswalk.com, Pastor
Tom Hicks menunjukkan perbezaan di antara pengikut-pengikut Kristus yang benar
dan orang-orang yang munafik. Ianya mungkin sukar untuk membezakannya, tetapi
dia telah memberi 10 hal untuk diperhatikan.
"2. Kehidupan yang berubah dalam seorang pengikut Kristus datang dari hati yang mengasihi Kristus. Orang-orang yang munafik akan mengubah perlakuan luar mereka untuk dilihat oleh manusia, atau untuk melegakan rasa bersalah mereka, atau untuk menjauhkan diri mereka daripada akibat dosa-dosa mereka. Tetapi pengikut-pengikut yang benar mengasihi Kristus dan memegang perintah-Nya oleh kerana Tuhan, untuk melayani-Nya, mengenali-Nya dan membawa kemuliaan kepada nama-Nya (Mazmur 119:6).
Sekarang giliran anda pula. Apakah petanda yang anda cari
untuk mengesan seorang guru palsu? Apakah yang gereja boleh lakukan untuk
menjauhi nabi-nabi dan gembala-gembala palsu?
(Diterjemah daripada artikel Crosswalk bertajuk "7 Sure-Fire Ways To Recognize False Teachers" penulisan John UpChurch bertarikh 15 Mei 2015)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan