Sabtu, 15 Jun 2013

6 Rahsia Ringkas untuk Pelayanan Yang Berjaya


Steve Murrell
Oleh Steve Murrell:

MANILA, FILIPINA. Minggu yang menakjubkan! Aku dan Deborah telah mengikuti Ignite bersama dengan lebih daripada 9,000 pelajar Filipina dan ratusan pelajar serta penginjil kampus Every Nation dari Bangladesh, Cambodia, China, Guam, India, Indonesia, Jepun, Mongolia, Taiwan, Timor Leste, Vietnam dan lain-lain. 



Konferensi Ignite 2013 di Manila, Filipina


Setiap kali kami dikunjungi tetamu dari luar negara di Manila, pasti ada seseorang yang akan menanyaku mengenai "rahsia" atau "kunci" ataupun "kunci-kunci rahsia" kepada kejayaan dan pertumbuhan kami. Inilah jawabanku buat masa ini.

1. PANGGILAN. Kenalpasti apa yang Tuhan mahu anda lakukan dalam hidupmu. Bukan apa yang kawan-kawanmu atau ibubapamu dan keadaan sekeliling mahu anda lakukan. Tuhan mempunyai panggilan yang khas untukmu. Ada orang yang dapat mengenalpastikan. Ada orang yang tidak dapat. Kejayaan bermula bila kita ketahui apa yang Tuhan mahu kita lakukan.

2. KOMITMEN. Kerja kuat. Dengan segala usaha. Memerah tulang empat kerat. Ayahku mengajarku tentang kerja kuat dan Alkitab mengesahkannya. Ada orang yang tidak mengerti apa itu kerja kuat. Mereka malas dan tidak akan berjaya sehingga mereka mula bekerja kuat. 

Dan bagi mereka yang telah bekerja kuat dan belum mengecap kejayaan: selepas anda bekerja beberapa tahun, terus berusaha dan terus percaya. Jangan pernah berputus asa. Jangan berputus asa apabila keadaan menjadi sukar. Jangan berputus asa apabila pengorbanan diperlukan. Jangan berputus asa apabila semua orang memberitahu anda bahawa usaha itu tidak berbaloi. Orang yang berputus asa tidak akan berjaya. Orang yang tidak pernah berputus asa akhirnya akan berjaya.

3. KOMUNITI. Panggilanmu lebih besar daripadamu. Apa yang Tuhan mahu anda lakukan tidak dapat dilakukan seorang diri. Anda perlukan satu pasukan untuk berjaya. (Aku selamanya bersyukur kerana Tuhan mengizinkan aku bekerja dengan pasukan yang paling baik di dunia!)

4. KONSENTRASI. Teruskan fokus melakukan apa yang telah dipanggil dan dikaruniai Tuhan kepadamu. Jangan lakukan bermacam-macam kegiatan lain. Jangan berusaha melakukan segala sesuatu yang dapat dilakukan dalam nama Tuhan. Anda tidak dapat memenuhi segala keperluan. Kenalpasti keperluan yang Tuhan mahu anda bantu dan tumpukan untuk melakukan yang terbaik mungkin. Kami memperoleh kejayaan kerana kami meneruskan dengan kegiatan-kegiatan yang sama untuk tiga dekad. Kami tidak pernah tertarik dengan acara-acara baru yang menjanjikan "kejayaan segera." Kami tahu panggilan kami (Baca No. 5 dan No, 6)  dan kami hanya tumpukan kepada itu saja dan tidak kepada yang lain.

5. MEMULIAKAN TUHAN. Inilah tujuan muktamad dalam segala yang kami lakukan, dan ukuran muktamad kejayaan yang sebenar. 

6. MEMURIDKAN. Inilah kerja utama kita. Tidak harus ditokok tambah.


Kesimpulan: Kenalpasti apa yang Tuhan mahu anda lakukan, dan teruskan melakukan itu dan itu saja, untuk tempoh yang cukup, cukup panjang.


Steve dan Deborah Murrell
(Steve dan Deborah Murrell pergi ke Filipina pada 1984 semasa cuti musim panas untuk lawatan misi sebulan yang tidak berkesudahan. Mereka adalah gembala-gembala yang mengasaskan Victory Manila, sebuah gereja yang berbakti di 15 lokasi di Metro Manila, dan yang telah merintis gereja di 60 bandaraya di Filipina dan di 20 negara. Pada waktu ini, Victory memiliki 8,000 kelompok pemuridan yang bertemu di kedai-kedai kopi, pejabat-pejabat, bilik-bilik asrama, dan rumah-rumah kediaman di Metro Manila. Steve adalah pengasas bersama dan presiden Every Nation Churches & Ministries, satu pertalian gereja yang menfokus kepada perintisan gereja, pelayanan kampus, dan misi dunia)


[Diterjemah daripada artikel Steve Murrell bertajuk "6 Simple Secrets to Success in Ministry (and in Everything Else)" bartarikh 1 Jun 2013]


Tiada ulasan:

Catat Ulasan