Rabu, 26 Jun 2013

Setiap Pastor Perlukan Mentor (Bahagian 2)

Pastor Rick Warren
Setiap Pastor Perlukan Mentor (Bahagian Kedua) - Rick Warren

Salah seorang mentorku ialah seorang lelaki bernama Billy, dan dia juga mempunyai mentornya sendiri. Billy beribadah di sebuah gereja yang besar di Texas dan menempatkan diri di bawah jagaan dan pengajaran pastornya. Selepas enam bulan, Billy bertemu dengan pastornya dan berkata, "Aku telah memerhatikan pengajaranmu selama enam bulan, dan aku tidak pernah mendengar satupun khutbah yang hambar. Tuhan berbicara melalui segala yang anda ajarkan. Setiap kali yang anda mengajar, ada kuasa, ada maklumat yang praktikal, dan pengertian yang membina. Aku ingin tahu bagaimana anda dapat terus sentiasa segar? Apakah rahsiamu?

Pastor itu memberitahu Billy, "Lebih kurang 35 hingga 40 tahun yang lalu, aku membuat komitmen untuk sentiasa segar dalam rohani, supaya aku dapat mengajar orang lain. Untuk melakukan itu, aku membaca seluruh Perjanjian Baru seminggu sekali. Billy duduk terpegun, dan cuba memikirkan soalan susulan yang baik, "Apakah terjemahan yang anda baca?" soal Billy. Pastor dari Texas itu menjawab, "Biasanya dalam Bahasa Yunani yang asal."

Billy kemudiannya memberitahuku bahawa dia mungkin boleh bersama pastor itu untuk lima atau enam tahun dan tidak akan tahu akan rahsia kepada kesegaran dan kedalaman rohaninya jika dia tidak menanya soalan itu. Sesiapapun - pada bila-bila masa - boleh menjadi mentor jika anda belajar menanya soalan. Setiap orang mempunyai bekal pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang mereka boleh kongsikan. Orang yang bijak akan belajar mendapatkannya.

Jika aku duduk bersama anda, aku akan belajar sesuatu yang boleh membuatku menjadi pastor yang lebih baik. Aku pasti akan hal ini. Anda mempunyai pengalaman-pengalaman yang tidak pernah kualami - dan sebaliknya. Bersiap-sedialah dengan senarai soalan untuk ditanyakan setiap kali anda bertemu dengan orang yang anda boleh pelajari dari. Soalan-soalan seperti -

  • Bagaimanakah anda menangani tekanan?
  • Apakah kejayaan-kejayaan terbesar dalam hidup anda?
  • Apakah punca-punca kejayaan-kejayaan anda?
  • Apakah kegagalan-kegagalan terbesar dalam hidup anda?
  • Apakah perubahan yang anda akan lakukan sekiranya anda dapat bermula semula?
  • Apakah jenis buku-buku yang anda baca?
  • Bagaimanakah anda mengurus masa anda?
  • Bagaimanakah anda mengurus wang anda?
  • Apakah pelajaran-pelajaran terpenting yang anda pelajari?
  • Apakah hal-hal yang paling mengejutkan dalam hidup anda?

Orang-orang yang berjaya sering meninggalkan petanda-petanda. Cari petanda-petanda itu. Selidiki dan pelajarilah daripada rahsia di sebalik petanda-petanda itu. 

Mengalu-alukan maklum balas. Mendapat maklum balas daripada mentor adalah penting sekali. Jika anda tidak mendapat maklum balas, anda akan tersasar dari haluan. Sewaktu perjalanan-perjalanan Apollo ke bulan, kapal-kapal angkasa itu perlu selalu membuat pembetulan dalam haluan. Bumi sentiasa berputar, bulan juga berputar. Untuk mencapai ke sasaran, para angkasawan perlu selalu mengubah haluan kapal mereka, dan satu-satunya cara mereka dapat melakukan demikian ialah mereka mendapat maklum balas.

Anda juga perlu membuat pembetulan haluan dari masa ke masa dalam pelayanan. Untuk membuat pembetulan itu, anda memerlukan orang yang di luar pelayanan anda untuk memberi anda maklum balas. Jika anda tidak terbuka kepada maklum balas, anda tidak akan pelajari sesuatu, dan anda tidak akan bertumbuh. Pastor, anda memerlukan mentor dalam pelayanan anda. Samada anda 25, 35, 55, atau 75 tahun, anda dapat pelajari sesuatu daripada orang lain. Carilah orang yang mempunyai sifat-sifat yang baik. Carilah orang yang memiliki kemahiran yang anda inginkan. Carilah orang yang anda boleh percaya. Carilah seorang mentor.

(Rick Warren ialah pastor dan pengasas Gereja Saddleback di Lake Forest, California, salah satu gereja yang terbesar dan berpengaruh di Amerika Syarikat. Rick adalah pengarang buku The Purpose Driven Life yang diiktiraf sebagai bestseller oleh New York Times. Bukunya, The Purpose Driven Church pula telah dinamakan sebagai salah satu daripada 100 buku Kristian yang telah mengubah abad ke-20. Dia juga adalah pengasas Pastors.com, sebuah komuniti internet global untuk para pastor)

(Diterjemahkan daripada artikel Pastors.com bertajuk "Every Pastor Needs A Mentor" penulisan Rick Warren)


Mukasurat     < Sebelum    1    |     2  


Tiada ulasan:

Catat Ulasan