Sabtu, 29 Jun 2013

3 Kemahiran Asas Untuk Pemimpin

Kepimpinan adalah kemahiran yang perlu
diperkembangkan dan dipertingkatkan
- Steve Murrell
Oleh Steve Murrell:

MANILA, FILIPINA. Kami gembira kembali ke apartmen kami di Manila selepas seminggu di Taipei untuk pertemuan Annual Leadership Team (ALT) kami bagi pelayanan Every Nation Asia. Artikel ini telah diinspirasikan oleh sesuatu yang telah dikatakan oleh Uskup Manny Carlos mengenai pengembangan kepimpinan semasa pertemuan itu.

Para pastor dan utusan Injil adalah pemimpin, sekurang-kurangnya mereka harus jadi pemimpin. Ada yang menjadi pemimpin yang baik. Ada yang tidak. Ada yang secara sengaja mempertingkatkan kemahiran kepimpinan mereka. Ada yang tidak.

Kita perlu menjadi pelayan yang berkesan, kita perlu juga menjadi pemimpin yang berkesan. Kedua-duanya tidak sama.

Seorang yang menjadi pastor atau utusan Injil akan akhirnya diikuti oleh sekumpulan orang yang akan menjadi pertubuhan yang memerlukan kemahiran memimpin. Jika kita bertumbuh dalam kemahiran pelayanan, tetapi tidak memperkembangkan kemahiran memimpin, kita akan membawa keadaan yang kucar-kacir dan secara tidak sengaja menghancurkan apa yang telah kita bina.

Berikut ialah tiga kemahiran kepimpinan yang para pastor perlu perkembangkan dan sering pertingkatkan:

1. Kepimpinan Mengorganisasi. Jika kita adalah pelayan yang berkesan, apa yang kita pimpin akan bertumbuh. Dan gereja-gereja serta pelayanan-pelayanan yang bertumbuh memerlukan kemahiran mengorganisasi seperti pengurusan, perancangan strategi, mengatur bajet, komunikasi dan lain-lain. Semakin pelayanan bertambah besar, semakin penting untuk memperkembangkan kemahiran dan struktur dalam kepimpinan mengorganisasi. 

2. Kepimpinan Rohani. Carta organisasi, perancangan strategik dan prinsip pengurusan adalah penting tetapi tidak mencukupi. Kita juga mesti menjadi pemimpin rohani. Doa, khutbah, pengkajian Alkitab, kebolehan membezakan dan pengusiran setan adalah hanya beberapa daripada kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk memimpin gereja-gereja dan pelayanan-pelayanan yang sihat dan bertumbuh.

3. Kepimpinan Perhubungan. Kawan baikku, Joey Bonifacio selalu mengatakan, "pemuridan adalah perhubungan." Begitu juga kepimpinan. Pengaruh kita terhadap mereka yang kita ingin pimpin adalah berkaitan langsung dengan keakraban hubungan kita dengan mereka.

Adakah anda sedang secara sengaja dan strategik mengembangkan kemahiran kepimpinan dalam kesemua tiga aspek untuk melengkapi kemahiran pelayanan anda?


(Steve dan isterinya Deborah Murrell adalah gembala-gembala yang mengasaskan Victory Manila, sebuah gereja yang berbakti di 15 lokasi di Metro Manila, dan yang telah merintis gereja di 60 bandaraya di Filipina dan di 20 negara. Pada waktu ini, Victory memiliki 8,000 kelompok pemuridan yang bertemu di kedai-kedai kopi, pejabat-pejabat, bilik-bilik asrama, dan rumah-rumah kediaman di Metro Manila)

(Diterjemahkan daripada artikel Steve Murrell bertajuk "3 Essential Skills for Leaders" bertarikh 22 Februari 2013)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan