Brandon Cox |
Oleh Brandon Cox:
Suara lantang tidak menjadikan kita pemimpin. Menjadi popular juga tidak. Kepimpinan ialah pengaruh, dan pengaruh bererti membawa orang ke arah yang mereka lazimnya tidak akan pergi - untuk lebih maju. Memiliki cita-cita besar saja tidak cukup untuk melayakkan kita untuk menjadi pemimpin. Ada hal-hal lain yang perlu dipertimbangkan.
Anda perlu dipimpin sebelum anda boleh memimpin dengan sebenarnya. Perkara ini sukar diterima oleh mereka yang beriya-iya untuk menjadi pemimpin, tetapi untuk memimpin dengan baik, anda mesti pertamanya boleh dipimpin. Salah satu pemimpin terhebat yang kukenal yang menguruskan 350 lebih kakitangan sebuah gereja besar yang terkenal berkata, "Aku ialah seorang di bawah pimpinan." Jika anda tidak tahu bagaimana untuk mengikuti atau tidak rela belajar daripada mereka yang di atas anda, anda tidak sebenarnya siap untuk memimpin.
Anda perlu mengasihi orang sebelum anda boleh memimpin dengan sebenarnya. Anda boleh memimpin sambil mengasihi diri sendiri, tapi hasilnya akan buruk sekali. Pemimpin-pemimpin yang baik mengasihi orang-orang yang mereka pimpin. Gembala-gembala yang baik memiliki kecenderungan untuk memberikan nyawa mereka untuk domba-domba mereka, dan pemimpin-pemimpin yang baik selalu memikirkan bagaimana untuk membawa pengikut-pengikut mereka ke tahap yang lebih tinggi.
Anda perlu menjadi seorang hamba sebelum anda menjadi seorang pemimpin. Kita tahu bahawa menjadi hamba adalah pra-syarat kepada pengaruh dalam Kerajaan Tuhan berdasarkan perkataan dan teladan Yesus, tetapi kita tidak suka melepaskan identiti kita sebagai seorang pemimpin untuk benar-benar menyelaminya. Kita juga suka menggelar diri kita sebagai "servant-leader" supaya kita tidak kehilangan komponen "leader" dalam ungkapan itu. Tetapi marilah kita fikir sejenak. Bagaimanakah jika anda melihat dirimu terdahulu sebagai seorang hamba, dan terkemudian sebagai seorang pemimpin? Bagaimanakah itu akan mengubah cara anda memimpin orang?
Bolehkah anda memimpin dan mempengaruhi tanpa dipimpin, tanpa mengasihi orang dan tanpa menjadi hamba? Tentu boleh, tapi mengapakah anda ingin melakukan demikian? Ganjaran untuk kepimpinan sedemikian adalah cetek dan tidak bertahan lama. Sebaliknya pilihlah jalan Yesus - jadilah seorang hamba dan seorang gembala. Ikutilah pimpinan dengan baik dan kemudian pimpinlah dengan keyakinan!
Bolehkah anda memimpin dan mempengaruhi tanpa dipimpin, tanpa mengasihi orang dan tanpa menjadi hamba? Tentu boleh, tapi mengapakah anda ingin melakukan demikian? Ganjaran untuk kepimpinan sedemikian adalah cetek dan tidak bertahan lama. Sebaliknya pilihlah jalan Yesus - jadilah seorang hamba dan seorang gembala. Ikutilah pimpinan dengan baik dan kemudian pimpinlah dengan keyakinan!
Brandon Cox telah menjadi pastor selama 15 tahun dan pada waktu ini sedang merintis gereja di timur laut Arkansas, ditaja oleh Gereja Saddleback dan rakan-rakan strategik yang lain. Dia juga melayani sebagai Editor Pastors.com dan Pastors' Toolbox Rick Warren, dan juga menulis sebuah blog dalam senarai 100 terbaik untuk pemimpin-pemimpin gereja.
(Diterjemah daripada artikel laman Pastors.com bertajuk "Three Prerequisites to Leading Others Well" penulisan Brandon Cox)
(Diterjemah daripada artikel laman Pastors.com bertajuk "Three Prerequisites to Leading Others Well" penulisan Brandon Cox)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan