Rabu, 26 Jun 2013

Setiap Pastor Perlukan Mentor

Pastor Rick Warren
Oleh Rick Warren:

Setiap pastor memerlukan mentor. Tidak kira apa peringkat yang anda berada dalam pelayanan, anda memerlukan seseorang untuk membimbing anda.

Semua jenis organisasi menggunakan proses pementoran untuk menjadikan anggota-anggotanya lebih mahir dalam apa yang mereka lakukan. Dalam perubatan, doktor-doktor akan menjadi mentor kepada doktor-doktor muda. Ahli-ahli muzik akan menjadi mentor kepada ahli-ahli muzik lain. Kenapa? Kerana ianya berhasil. Kita mempelajari dengan paling berkesan apabila ada seseorang yang boleh berbicara ke dalam hidup kita dan pelayanan kita. Amsal 19:20 mengatakan, "Dengarkanlah nasihat dan terimalah didikan, supaya engkau menjadi bijak di masa depan."

Aku akan selalu memerlukan seorang pembimbing - tidak kira berapa umurku dan berapa banyak kejayaanku. Lebron James ialah salah satu pemain bola keranjang terbaik di dunia. Dia masih memerlukan seorang jurulatih. Anda tidak akan sampai ke satu tahap di mana anda boleh katakan, "Aku telah mempelajari segalanya. Aku tidak perlukan orang lain untuk menolongku."

Seorang mentor akan membangkitkan yang terbaik daripada anda dalam tiga aspek: peranan anda, matlamat anda dan jiwa anda. Seorang mentor memberi kita perspektif. Mereka menolong kita melihat diri kita dan pelayanan kita dari luar. Kita sering tidak melihat apa yang kita lakukan di luar perspektif kita sendiri. Kita melihat dari sudut pandang yang terbatas. Kita perlukan orang lain dalam hidup kita yang mengatakan, "Pernahkah anda memikirkan tentang...? Bagaimana cara ini? Bagaimana cara itu?"

Gereja Saddleback tidak akan berada dalam kedudukan hari ini tanpa orang-orang yang telah mencurahkan hidup mereka ke dalamku - orang-orang yang telah membuatku melihat pelayananku dalam sudut pandang yang lain. Amsal 15:22 mengatakan, "Rancangan gagal kalau tidak ada pertimbangan, tetapi terlaksana kalau penasihat banyak." Apa yang Tuhan telah lakukan melalui Saddleback selama 30 tahun yang lalu tidak berlaku kerana aku pintar. Ianya kerana aku mempunyai mentor-mentor dan penasihat-penasihat yang bagus. Mereka ialah orang-orang yang mendengar idea-ideaku dan memberi maklum balas kepadaku.

Apakah yang anda perlu cari dalam seorang mentor? Izinkan aku mencadangkan tiga ciri-ciri -

1. Seseorang yang memiliki sifat-sifat dan nilai-nilai yang anda kagumi. Anda mahu mencari seorang mentor yang merupakan peribadi yang anda ingin contohi.

2. Seseorang yang memiliki kemahiran dan pengalaman yang anda inginkan. Carilah seorang pastor yang memiliki kemahiran pelayanan tertentu yang anda ingin bertambah mahir dalam. Mungkin mengenai berkhutbah. Mungkin mengenai kepimpinan. Mungkin seorang pastor yang telah berjaya melaksanakan kempen pungutan dana pembangunan. Cari seorang yang cekap dalam hal yang anda ingin menjadi cekap.

3. Seseorang yang anda boleh percayai. Jika anda tidak mempercayai mentor anda, anda tidak akan mempelajari apa-apa daripadanya. Walaupun seseorang mentor memiliki pengetahuan, tidak semestinya bermaksud jiwa kita sesuai dengannya. Untuk proses pementoran yang bagus, melalui masa kita perlu boleh terbuka kepada orang yang kita pilih.

Menanya soalan yang bagus. Setelah anda memilih mentor yang tepat, anda perlu menggunakan sebaik mungkin masa anda bersamanya. Anda dan mentor anda memiliki masa yang terhad. Apakah yang anda dapat lakukan untuk memanfaatkan sepenuhnya masa anda dengan mentor anda? Tanyalah soalan. Sebelum anda bertemu dengan mentor anda, ambil sedikit waktu memikirkan soalan-soalan apa yang anda ingin tanya. Fikirkan apa-apa isu yang anda hadapi dalam pelayanan anda. Fikirkan dalam aspek mana pelayanan mentor anda yang anda ingin pelajari. Fikirkan soalan-soalan yang khusus.

Mukasurat    1     |     2      Selepas   >  


Tiada ulasan:

Catat Ulasan