"Telah dikatakan bahawa 1 daripada 4 pastor bergelut dengan depresi. Lifeway Research menunjukkan bahawa jumlah pastor yang didapati mengalami depresi klinikal adalah dua kali ganda purata kebangsaan. Empat puluh lima peratus mendapatkan nasihat daripada doktor keluarga mereka mengenai isu stres dan kekhuatiran. Hampir seperempat daripada semua pastor (23%) mengakui pernah "secara peribadi bergelut dengan penyakit mental," dan separuh daripada pastor-pastor itu berkata penyakit itu telah disahkan." - Jared Leskey (Charisma Magazine, 29 Ogos 2018)
Memaparkan catatan dengan label Pastor. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pastor. Papar semua catatan
Khamis, 30 Ogos 2018
Rabu, 18 Januari 2017
5 Sebab Pastor-Pastor Berhenti Dari Pelayanan
Rabu, 19 Oktober 2016
7 Tanda Amaran Bagi Pastor-Pastor & Staf Gereja Mengenai Hubungan Sulit
Oleh Thom Rainer:
Perbualan itu selalunya menyedihkan, selalunya tragik. Pastor yang meninggalkan gerejanya selepas hubungan sulit selama dua tahun dengan seorang anggota gereja. Pastor pelatih yang telah terkeluar daripada pelayanan panggilannya sejak dia terlibat dalam hubungan yang singkat dengan pembantunya.
Saya telah berbual dengan ramai lelaki dan wanita yang seperti ini. Dan setiap kali saya diingatkan bagaimana saya perlu mengasihi Tuhan dengan segenap hati saya, dan untuk berdedikasi sepenuhnya kepada isteri saya.
Jumaat, 27 November 2015
5 Kesilapan Yang Dilakukan Pastor-Pastor Di Media Sosial
Profesional media sosial Marty Duren berkongsi lima daripada kesilapan paling biasa dilakukan oleh pastor-pastor berkenaan media sosial.
Media sosial memang sudah bertapak. Facebook, Twitter, LinkedIn, Periscope, Blab, blog dan bentuk media sosial yang lain terus mendominasi komunikasi. Menurut Pew Research (sehingga September 2014), 71% daripada orang dewasa yang melayari web menggunakan Facebook, 23% menggunakan Twitter, 26% menggunakan Instagram, dan 28% menggunakan Pinterest. Para remaja meminati Facebook (71%), Instagram (52%), Snapchat (41%), Twitter (33%), G+ (33%), dan Vine (24%). Sekitar 6.7 juta orang di sekeliling dunia pada 2014 menerbitkan di blog. Berjuta-juta orang lagi membaca blog. Suatu anggaran pada 2012 menyatakan 25 bilion halaman blog (blog pages) dibaca setiap bulan. Facebook dan YouTube telah menjadi hos kepada perdebatan politik nasional.
Isnin, 9 Mac 2015
4 Prinsip Pelayanan Billy Graham
![]() |
| Reverend Billy Graham |
Kemungkinan
tiada tokoh penting gereja untuk 50 tahun yang lepas yang begitu dikagumi dan
dihormati oleh kedua-dua dunia Kristian dan bukan Kristian seperti Rev. Billy
Graham. Walaupun dia juga mengalami sebilangan kritikan dalam tempoh itu, namun
tidak ada skandal yang menggoncang pelayanannya - biarpun pelayanannya telah
diperhatikan dengan teliti sekali.
Salah satu
sebab utama Reverend Billy Graham dan rakan-rakan sepelayanannya telah mengelak
permasalahan dan skandal boleh dikesan kembali ke November 1948, dan apa yang
terjadi di sebuah bilik hotel di Modesto California. Di situlah Manifesto
Modesto telah dirumuskan.
Selasa, 17 Jun 2014
Tujuh Cara Untuk Melukakan Pastor Anda
Oleh Thom S. Rainer:
Jika anda ingin benar-benar melukakan pastor anda, artikel ini adalah untuk anda.
Pada seminggu yang lepas ini saja, aku sempat berbual-bual dengan berpuluh-puluh orang pastor. Pastor-pastor ini mengasihi gereja mereka dan ahli-ahli mereka. Mereka benar-benar komited kepada panggilan mereka.
Tetapi mereka adalah manusia dan mereka boleh dilukakan.
Isnin, 2 Disember 2013
3 Ketika Penting Untuk Menghadapi Dan Menegur Dosa Di Gereja Anda
Oleh Brady Boyd:
Seorang lelaki di gereja kami datang kepadaku dengan hati yang sugul baru-baru ini. Anak perempuannya berumahtangga dengan seorang lelaki yang baru-baru ini kedapatan berzina. Pasangan itu menghadiri gereja lain di kota ini, dan ayah itu menghubungi pastor mereka agar dia boleh menegur menantunya akan dosanya yang ketara ini. Pastor itu enggan, dan tidak melihatnya sebagai tugasnya. Apa? Bukan tugasnya? Kalau kita benar-benar adalah pastor, ianya sebenarnya satu daripada tanggungjawab utama kita, terutamanya bila kita mengasihi orang-orang yang kita pimpin.
Seorang lelaki di gereja kami datang kepadaku dengan hati yang sugul baru-baru ini. Anak perempuannya berumahtangga dengan seorang lelaki yang baru-baru ini kedapatan berzina. Pasangan itu menghadiri gereja lain di kota ini, dan ayah itu menghubungi pastor mereka agar dia boleh menegur menantunya akan dosanya yang ketara ini. Pastor itu enggan, dan tidak melihatnya sebagai tugasnya. Apa? Bukan tugasnya? Kalau kita benar-benar adalah pastor, ianya sebenarnya satu daripada tanggungjawab utama kita, terutamanya bila kita mengasihi orang-orang yang kita pimpin.
Rabu, 13 November 2013
5 Perkara Yang Anda Ingin Cari Pada Seorang Pastor
Bulan Oktober ialah Bulan Penghargaan Pastor, waktu bila
orang-orang Kristian digalakkan untuk mengucapkan penghargaan bagi
pastor-pastor dan pemimpin-pemimpin.
Tetapi topik ini menimbulkan pula satu soalan:
Apakah yang menjadikan seorang pastor itu seorang pemimpin
yang anda boleh yakini serta ikuti dan akhirnya menghargai, bukan saja setiap
Oktober, tetapi juga sebelas bulan yang lain dalam setahun.
Rabu, 26 Jun 2013
Setiap Pastor Perlukan Mentor (Bahagian 2)
![]() |
| Pastor Rick Warren |
Setiap Pastor Perlukan Mentor (Bahagian Kedua) - Rick Warren
Salah seorang mentorku ialah seorang lelaki bernama Billy, dan dia juga mempunyai mentornya sendiri. Billy beribadah di sebuah gereja yang besar di Texas dan menempatkan diri di bawah jagaan dan pengajaran pastornya. Selepas enam bulan, Billy bertemu dengan pastornya dan berkata, "Aku telah memerhatikan pengajaranmu selama enam bulan, dan aku tidak pernah mendengar satupun khutbah yang hambar. Tuhan berbicara melalui segala yang anda ajarkan. Setiap kali yang anda mengajar, ada kuasa, ada maklumat yang praktikal, dan pengertian yang membina. Aku ingin tahu bagaimana anda dapat terus sentiasa segar? Apakah rahsiamu?
Setiap Pastor Perlukan Mentor
Setiap pastor memerlukan mentor. Tidak kira apa peringkat yang anda berada dalam pelayanan, anda memerlukan seseorang untuk membimbing anda.
Semua jenis organisasi menggunakan proses pementoran untuk menjadikan anggota-anggotanya lebih mahir dalam apa yang mereka lakukan. Dalam perubatan, doktor-doktor akan menjadi mentor kepada doktor-doktor muda. Ahli-ahli muzik akan menjadi mentor kepada ahli-ahli muzik lain. Kenapa? Kerana ianya berhasil. Kita mempelajari dengan paling berkesan apabila ada seseorang yang boleh berbicara ke dalam hidup kita dan pelayanan kita. Amsal 19:20 mengatakan, "Dengarkanlah nasihat dan terimalah didikan, supaya engkau menjadi bijak di masa depan."
Jumaat, 14 Jun 2013
Menjadi Gembala Untuk Satu Orang?
![]() |
| Gembala dengan dombanya |
Pada tahun itu akupun masuk melayani sepenuh masa di gereja. Itupun dengan restu Pastor Jeremiah, gembala sidangku. Beliau menasihatiku supaya memasuki Sekolah Alkitab untuk memperlengkapi diri bagi pelayanan.
Aku memohon dan diterima sebagai pelajar baru di Sekolah Alkitab, lalu mengikuti kem tahunan yang diadakan di Cameron Highlands. Aku tidak menyangka bahawa di kem itu, aku akan melalui pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
Langgan:
Catatan (Atom)










