Rabu, 18 Januari 2017

5 Sebab Pastor-Pastor Berhenti Dari Pelayanan


Sumber grafik: ChurchLeaders.com  

Kelesuan terlampau (Burnout), kekurangan sokongan, dan konflik gereja adalah sebab-sebab yang diberikan oleh beratus-ratus bekas pastor yang tinggalkan pelayanan sebagai pastor.  

Menurut satu kajian baru oleh Lifeway Research (di Amerika Syarikat), 63 peratus berkata mereka telah menghabiskan lebih daripada 10 tahun dalam pelayanan sebelum faktor-faktor utama ini menyebabkan mereka meninggalkan pelayanan. 

"Hampir separuh daripada mereka yang meninggalkan pelayanan sebagai pastor berkata gereja mereka tidak melakukan mana-mana perkara yang boleh membantu," kata Ed Stetzer, pengarah eksekutif pertubuhan penyelidikan yang berpusat di Nashville itu. 

"Mempunyai dokumen-dokumen yang jelas, menawarkan cuti sabatikal, dan menyediakan orang-orang untuk membantu dengan kes-kes kaunseling yang berat adalah perkara-perkara penting yang harus disediakan oleh gereja begitu kata para pakar," katanya.

Lifeway Research menyelidiki 734 bekas senior pastor daripada empat denominasi Protestan yang telah meninggalkan pelayanan jauh lebih awal daripada usia persaraan. 

Empat puluh peratus mengatakan mereka meninggalkan pelayanan sebagai pastor kerana perubahan dalam panggilan pelayanan mereka. Dua puluh lima peratus meninggalkan kerana konflik gereja dan sembilan belas peratus mengalami kelesuan yang terlampau (burnout).


 

"Semua faktor-faktor ini adalah saling berkait," kata Stetzer. "Jika anda terlampau kelesuan (burnout), kemungkinan besar apabila konflik terjadi, anda tidak akan respon dengan baik, dan itu akan memburukkan lagi konfik itu."

Tetapi kajian itu menunjukkan bahawa masalah sudah bermula sebelumpun pastor-pastor tiba di sidang-sidang gereja mereka. Empat puluh lapan peratus daripada bekas pastor-pastor mengatakan bahawa pasukan pencari pastor tidak memberikan penjelasan yang tepat mengenai gereja sebelum kedatangan mereka. 

Gereja-gereja mereka juga kemungkinan tidak mempunyai senarai kaunselor untuk dirujukkan kes-kse (27 peratus), pernyataan jelas mengenai apa yang dikehendaki oleh gereja dari pastornya (22 peratus), rancangan cuti sabatikal untuk pastornya (12 peratus), satu pelayanan kaunseling terdiri daripada jemaat gereja (9 peratus), atau kelompok sokongan untuk keluarga pastor (8 peratus). Empat puluh lapan peratus mengatakan gereja mereka tidak ada satupun daripada ini. 

Pastor-pastor juga mengalami konflik. Lima puluh enam peratus bertelingkah mengenai perubahan-perubahan yang mereka cadangkan dan 54 peratus berkata mereka mengalami serangan peribadi yang besar. Hampir separuh (48 peratus) berkata bahawa program latihan yang mereka jalani tidak menyediakan mereka untuk aspek manusia dalam pelayanan. 

"Banyak program seminari tidak menitikberatkan mengenai aspek manusia, program-program itu mengfokus kepada teologi, bahasa-bahasa alkitabiah, dan penyampaian khutbah, yang mana adalah penting, tetapi hampir separuh daripada pastor-pastor merasa tidak bersedia untuk berurusan dengan orang-orang yang mereka akan pimpin dan layani," kata Stetzer. 

Stetzer berkata kunci untuk membawa perubahan adalah pencegahan. 

"Akan memerlukan gandingan seminari, pihak akademik, pihak denominasi, dan juga pelayanan-pelayanan luar untuk sama-sama memikirkan dan mencari Tuhan mengenai cara terbaik memberi sokongan kepada pastor-pastor."

(Diterjemahkan daripada artikel CBN bertajuk, "Why So Many Pastors Are Leaving The Church?" bertarikh 13 Januari 2016)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan