Selasa, 17 Jun 2014

Tujuh Cara Untuk Melukakan Pastor Anda


Oleh Thom S. Rainer:

Jika anda ingin benar-benar melukakan pastor anda, artikel ini adalah untuk anda. 

Pada seminggu yang lepas ini saja, aku sempat berbual-bual dengan berpuluh-puluh orang pastor. Pastor-pastor ini mengasihi gereja mereka dan ahli-ahli mereka. Mereka benar-benar komited kepada panggilan mereka. 

Tetapi mereka adalah manusia dan mereka boleh dilukakan. 

Pastor-pastor yang berbual dengan aku pada seminggu yang lepas ini menceritakan kepadaku tujuh tema besar perkara-perkara yang paling melukakan mereka. Jadi, jika anda ingin benar-benar melukakan pastor anda, ikutlah garis panduan ini dengan cermat.

1. Mengkritik ahli-ahli keluarga pastor. Tidak banyak hal yang begitu menyakiti pastor-pastor seperti mengkritik ahli-ahli keluarga mereka terutamanya jika kritikan-kritikan itu adalah berkaitan dengan isu-isu di gereja.

2. Memberitahu pastor bahawa dia sedang dibayar gaji lebih dari sepatutnya. Sangat sedikit pastor yang dibayar dengan baik. Tetapi ada sebilangan ahli-ahli gereja yang suka membuat pastor merasa bersalah mengenai gajinya. 

3. Jangan mempertahankan pastor. Pengkritik-pengkritik boleh sangat melukakan. Tetapi lebih melukakan lagi ialah apabila orang-orang yang lainnya berdiam diri apabila pastor mereka diserang dengan perkataan. Dalam hal ini, berdiam bukanlah cara terbaik. 

4. Beritahu pastor anda betapa senangnya kerjanya. Adalah sangat menyakitkan apabila seseorang menyatakan bahawa seorang pastor sebenarnya hanya bekerja lebih kurang 10 jam seminggu. Ada sebilangan orang yang benar-benar fikir bahawa pastor-pastor bercuti beberapa hari dalam seminggu. 

5. Jadilah seorang yang sentiasa negatif. Pastor-pastor biasanya boleh berhadapan dengan orang yang mengkritik sekali-sekala. Tetapi perhubungan yang paling menyakitkan ialah dengan ahli-ahli gereja yang sentiasa negatif. Bagaimanakah anda tahu bahawa anda sudah berjaya dalam aspek ini? Pastor akan lari ke arah lain apabila dia melihat anda. 

6. Membuat komen mengenai perbelanjaan pastor. Aku mendengar daripada seorang pastor pada seminggu yang lepas ini. Seorang ahli gereja menanya, "Bagaimanakah anda mampu untuk pergi ke Disney World?" Wah. 

7. Bandingkan khutbah dan pelayanan pastor anda secara negatif berbanding dengan pastor yang lain. Seringkali ahli itu ingin anda tahu betapa dia suka pengkhutbah yang khutbahnya diperolehi melalui internet berbanding dengan anda. Jika anda ingin benar-benar melukakan pastor anda, anda boleh pastikan pastor anda tahu betapa dia berkurangan secara bandingan. 

Jadi, kalau matlamat hidup anda adalah untuk melukakan pastor anda, satu atau lebih cara-cara tersebut boleh digunakan. 

Tetapi, jika anda seperti kebanyakan ahli gereja yang baik, anda inginkan yang terbaik untuk pastor anda. Jadi anda hanya perlu lakukan yang bertentangan dengan tujuh perkara itu. 

Dan jika anda risau bahawa pastor anda tidak akan terus rendah hati sekiranya tidak ada orang yang selalu mengingatkannya akan tempatnya, jangan risau. Selalunya ada cukup ramai ahli gereja yang seperti itu di gereja. 

Adakah anda bersetuju dengan tujuh perkara itu? Apakah yang anda ingin tambah?

(Diterjemahkan daripada artikel laman Thom Rainer bertajuk "Seven Ways To Hurt Your Pastor" penulisan Thom S. Rainer bertarikh 16 Jun 2014)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan