Jumaat, 27 November 2015

5 Kesilapan Yang Dilakukan Pastor-Pastor Di Media Sosial


Profesional media sosial Marty Duren berkongsi lima daripada kesilapan paling biasa dilakukan oleh pastor-pastor berkenaan media sosial.

Media sosial memang sudah bertapak. Facebook, Twitter, LinkedIn, Periscope, Blab, blog dan bentuk media sosial yang lain terus mendominasi komunikasi. Menurut Pew Research (sehingga September 2014), 71% daripada orang dewasa yang melayari web menggunakan Facebook, 23% menggunakan Twitter, 26% menggunakan Instagram, dan 28% menggunakan Pinterest. Para remaja meminati Facebook (71%), Instagram (52%), Snapchat (41%), Twitter (33%), G+ (33%), dan Vine (24%). Sekitar 6.7 juta orang di sekeliling dunia pada 2014 menerbitkan di blog. Berjuta-juta orang lagi membaca blog. Suatu anggaran pada 2012 menyatakan 25 bilion halaman blog (blog pages) dibaca setiap bulan. Facebook dan YouTube telah menjadi hos kepada perdebatan politik nasional.

Rabu, 11 November 2015

4 Kunci Untuk Mengenal Panggilanmu


Pada suatu pagi musim luruh yang kering, saya berkesempatan menikmati sarapan di sebuah restoran tempatan. Sambil saya duduk di meja dengan kopi, saya memerhatikan sekumpulan besar orang mengelilingi meja-meja yang telah digabungkan.

Isnin, 3 Ogos 2015

Tiga Hubungan Yang Orang Kristian Perlukan


Oleh J. Lee Grady:

Apabila Yesus memulakan pelayanannya, Dia tidak menyewa dewan besar untuk kempen penginjilan, memulakan senarai pos, atau meletakkan papan iklan di seluruh Yerusalem untuk mengumumkan playanan penyembuhan-Nya. Tidak, perkara pertama yang Dia lakukan ialah mengumpulkan sekumpulan pengikut yang erat dengan-Nya.

Dia memanggil mereka kawan-kawan-Nya.

Sabtu, 16 Mei 2015

7 Cara Untuk Mengesan Guru-Guru Palsu




Oleh John Upchurch:

Seorang guru yang palsu tidak akan memberitathu anda bahawa dia sedang mengajar ajaran sesat. Sebenarnya, dia biasanya akan kelihatan dan kedengarannya begitu ikhlas dan bersungguh-sungguh sehingga anda tidak sedar bahawa dia sedang memutarbelitkan Firman Tuhan. Bilangan pendengar di kelilingnya juga tidak menjadi petanda, sebab ramai orang yang telah dan masih disesatkan oleh ajaran-ajaran yang sedap didengar.

Isnin, 9 Mac 2015

4 Prinsip Pelayanan Billy Graham

Reverend Billy Graham

Kemungkinan tiada tokoh penting gereja untuk 50 tahun yang lepas yang begitu dikagumi dan dihormati oleh kedua-dua dunia Kristian dan bukan Kristian seperti Rev. Billy Graham. Walaupun dia juga mengalami sebilangan kritikan dalam tempoh itu, namun tidak ada skandal yang menggoncang pelayanannya - biarpun pelayanannya telah diperhatikan dengan teliti sekali. 

Salah satu sebab utama Reverend Billy Graham dan rakan-rakan sepelayanannya telah mengelak permasalahan dan skandal boleh dikesan kembali ke November 1948, dan apa yang terjadi di sebuah bilik hotel di Modesto California. Di situlah Manifesto Modesto telah dirumuskan.