Memaparkan catatan dengan label Pelayanan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pelayanan. Papar semua catatan

Khamis, 30 Ogos 2018

5 Sebab Pastor-Pastor Mengalami Depresi


"Telah dikatakan bahawa 1 daripada 4 pastor bergelut dengan depresi. Lifeway Research menunjukkan bahawa jumlah pastor yang didapati mengalami depresi klinikal adalah dua kali ganda purata kebangsaan. Empat puluh lima peratus mendapatkan nasihat daripada doktor keluarga mereka mengenai isu stres dan kekhuatiran. Hampir seperempat daripada semua pastor (23%) mengakui pernah "secara peribadi bergelut dengan penyakit mental," dan separuh daripada pastor-pastor itu berkata penyakit itu telah disahkan." - Jared Leskey (Charisma Magazine, 29 Ogos 2018)

Rabu, 18 Januari 2017

5 Sebab Pastor-Pastor Berhenti Dari Pelayanan


Sumber grafik: ChurchLeaders.com  

Kelesuan terlampau (Burnout), kekurangan sokongan, dan konflik gereja adalah sebab-sebab yang diberikan oleh beratus-ratus bekas pastor yang tinggalkan pelayanan sebagai pastor.  

Isnin, 9 Mac 2015

4 Prinsip Pelayanan Billy Graham

Reverend Billy Graham

Kemungkinan tiada tokoh penting gereja untuk 50 tahun yang lepas yang begitu dikagumi dan dihormati oleh kedua-dua dunia Kristian dan bukan Kristian seperti Rev. Billy Graham. Walaupun dia juga mengalami sebilangan kritikan dalam tempoh itu, namun tidak ada skandal yang menggoncang pelayanannya - biarpun pelayanannya telah diperhatikan dengan teliti sekali. 

Salah satu sebab utama Reverend Billy Graham dan rakan-rakan sepelayanannya telah mengelak permasalahan dan skandal boleh dikesan kembali ke November 1948, dan apa yang terjadi di sebuah bilik hotel di Modesto California. Di situlah Manifesto Modesto telah dirumuskan.

Jumaat, 25 Oktober 2013

7 Sebab Anda Harus Membangunkan Lebih Ramai Pemimpin Sekarang

Pastor Rick Warren

Oleh Rick Warren:

Jika anda ingin gereja anda bertumbuh - dan jika anda ingin Kerajaan Tuhan bertumbuh - anda perlu membangunkan lebih banyak lagi pemimpin. Dalam Gereja Awal, suatu perubahan yang menarik terjadi apabila para rasul mengalih daripada hanya mengkhabarkan Injil kepada melancarkan pemimpin.

Isnin, 23 September 2013

Mengapa Penting Memiliki Visi Pastor Senior Anda



Oleh David Santistevan:

Aku pernah mengatakan sebelum ini bahawa adalah penting memiliki visi pastor senior anda. Bukan saja ianya penting, ianya adalah sesuatu yang sangat perlu. Ada kecenderungan di antara kita yang menjadi pemimpin penyembahan dan yang bersifat kreatif untuk mengikuti nada dan rentak kita sendiri. Yang sebenarnya, anda tidak akan mencapai potensi sepenuh anda sebagai seorang pemimpin sehinggalah anda belajar untuk melayani visi orang lain.  

Sabtu, 15 Jun 2013

6 Rahsia Ringkas untuk Pelayanan Yang Berjaya


Steve Murrell
Oleh Steve Murrell:

MANILA, FILIPINA. Minggu yang menakjubkan! Aku dan Deborah telah mengikuti Ignite bersama dengan lebih daripada 9,000 pelajar Filipina dan ratusan pelajar serta penginjil kampus Every Nation dari Bangladesh, Cambodia, China, Guam, India, Indonesia, Jepun, Mongolia, Taiwan, Timor Leste, Vietnam dan lain-lain.