Memaparkan catatan dengan label Pelayanan Keluarga. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pelayanan Keluarga. Papar semua catatan

Rabu, 29 Januari 2014

7 Sebab Mengapa Perzinaan Itu Memang Bodoh




Oleh Bob Russell:

Baik sekali kita menilai kembali karir dua pemimpin politik yang menonjol yang mana karir mereka telah berakhir secara mendadak tahun lalu. Semuanya kerana mereka tidak dapat menguasai hawa nafsu mereka. 

Datuk Bandar San Diego kehilangan karirnya, sementara seorang bekas ahli kongres yang pada satu ketika merupakan pesaing utama untuk jawatan Datuk Bandar New York jatuh ke tempat terakhir pengundian apabila dakwaan baru timbul semasa kempen pilihanraya. Masa depan politiknya kelihatan suram sekali. 

Sabtu, 31 Ogos 2013

7 Cara Aku Melindungi Hatiku dan Pelayananku Daripada Hubungan Luar Nikah




Oleh Ron Edmondson:

Kelihatannya seperti setiap hari kita akan mendengar tentang seorang lagi selebriti, ahli politik dan pastor ternama yang terjatuh ke dalam godaan nafsu dan terlibat dalam hubungan luar nikah. Aku fikir adalah berbahaya bagi seorang pemimpin membuat andaian bahawa hal ini tidak akan terjadi padanya. Bercakap sebagai seorang lelaki (aku tidak dapat bercakap sebagai seorang perempuan), aku sedar bahawa godaan itu sangat nyata. Apabila fikiran mula menghala ke arah nafsu, adalah sangat sukar untuk menguasainya. Aku percaya kegagalannya lebih kerap timbul kerana tidak melindungi hati dan pemikiran. Aku tahu bahawa aku mesti secara peribadi berusaha untuk melindungi diriku, isteriku, anak-anakku dan gerejaku daripada skandal dan kehilangan maruah akibat sebuah hubungan luar nikah.

Ada beberapa peraturan yang aku letakkan untuk melindungi hatiku: