"Telah dikatakan bahawa 1 daripada 4 pastor bergelut dengan depresi. Lifeway Research menunjukkan bahawa jumlah pastor yang didapati mengalami depresi klinikal adalah dua kali ganda purata kebangsaan. Empat puluh lima peratus mendapatkan nasihat daripada doktor keluarga mereka mengenai isu stres dan kekhuatiran. Hampir seperempat daripada semua pastor (23%) mengakui pernah "secara peribadi bergelut dengan penyakit mental," dan separuh daripada pastor-pastor itu berkata penyakit itu telah disahkan." - Jared Leskey (Charisma Magazine, 29 Ogos 2018)
Oleh Thom Rainer:
Ramai pastor benar-benar bergelut dengan depresi.
Ini benar hari ini dan ianya benar sepanjang sejarah gereja. Charles Spurgeon yang hebat itu telah bergelut dengan depresi sepanjang hidupnya. Martin Luther dan John Bunyan telah bergulat dengan detik-detik ketara kekhuatiran dan ketakutan. Hamba-hamba Tuhan benar-benar adalah periuk yang diperbuat daripada tanah liat.
Kebanyakan anggota gereja tidak menyedari pastor mereka mengalami depresi. Mereka tidak tahu sehingga disedarkan oleh realiti beberapa akibat yang dramatik depresi: perkahwinan yang hancur; perhubungan luar nikah; perletakan jawatan dari pelayanan; dan termasuk juga mengambil nyawa sendiri.
Jika anda yang membaca ini adalah pastor, sila dapatkan pertolongan. Terlalu ramai pastor telah diajar bahawa depresi adalah tanda kegagalan dalam pelayanan, iaitu sesuatu yang mesti disembunyikan dari pengetahuan. Itu adalah kebohongan, kebohongan yang terang-terangan. Sila dapatkan pertolongan. Sekarang.
LIMA SEBAB
Tujuan utama artikel ringkas ini adalah untuk menjelaskan faktor-faktor yang menjerumuskan ke arah depresi. Lebih jelas, inilah lima sebab-sebab utama yang telah dikenalpasti oleh ramai pastor sebagai sebab-sebab di sebalik depresi mereka. Setiap daripada sebab itu disusuli dengan ungkapan terus daripada pastor-pastor yang telah berkongsi dengan saya pergelutan mereka.
1, Peperangan rohani. "Saya tidak bermaksud mengatakan ini dengan cara tidak hormat, tetapi pada satu peringkat pelayanan saya sepertinya seluruh neraka telah dilepaskan. Saya tidak dapat menjelaskan serangan-serangan itu selain daripada peperangan rohani. Musuh bertekad untuk memusnahkan pelayanan saya, dan saya mula masuk lingkaran menurun secara emosi."
2. Realiti kepemimpinan rohani yang mengejutkan. "Saya kepingin ada orang yang pernah memberitahu saya bagaimana sukarnya menjadi pastor. Satu-satunya nasihat yang saya terima adalah untuk menyampaikan Firman, dan saya faham kepentingan Firman. Tetapi setelah setahun lebih dalam penggembalaan pertama saya pada usia 31 tahun, saya telah melihat sisi lain kehidupan gereja setempat. Saya benar-benar tidak bersedia untuknya. Dan telah mengambil satu jangka waktu lama sebelum saya menyedari bahawa saya benar-benar depresi."
3. Rasa ketidakcukupan. "Gereja saya semakin kurang ahlinya. Manakala saya tidak terlalu melihat kepada angka, anggota-anggota saya mula memperkatakan mengenai keahlian yang sudah berkurang itu. Dan ketika kami terpaksa menghentikan sesuatu jawatan kerana kami tidak mampu lagi membayar gaji orang itu, saya benar-benar rasa paling teruk. Saya rasa bahawa itu semuanya salah saya."
4. Pengkritik dan Pembuli. "Kepemimpinan pastoral benar-benar boleh merupakan kematian melalui seribu tusukan. Ianya bukan hanya satu orang atau satu kritikan; ianya adalah aliran kritikan yang tetap dan berterusan. Ianya meletihkan anda. Depresi itu datang secara beransur-ansur, oleh itu ketika saya dalam depresi yang teruk, saya tidak menyedarinya."
5. Kesepian. "Memang sukar untuk mencari seorang kawan sejati apabila anda seorang pastor. Dan bila anda tidak ada sesiapa untuk menceritakan persoalan dan pergelutan anda, hidup boleh terasa sepi."
DOAKAN UNTUK PASTOR-PASTOR ANDA
Depresi adalah sesuatu yang benar-benar terjadi pada pastor-pastor. Ianya seperti makin menjadi-jadi. Semoga kita yang melayani di samping mereka, samada kakitangan atau ahli gereja, ambil beberapa minit setiap hari untuk berdoa bagi mereka.
Ianya mungkin adalah salah satu pelayanan paling penting untuk kita.
(Diterjemah daripada artikel Southern Equip bertajuk, "5 Reasons Pastors Get Depressed (And Why They Don't Talk About It)" yang ditulis oleh Thom Rainer).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan