Selasa, 9 Julai 2013

6 Pemusnah Visi (No. 1 - Tradisi)

George Barna
Oleh George Barna:

Setelah mengkaji proses pembentukan dan penyampaian visi di banyak gereja, Aku telah memperhatikan sekumpulan penghalang visi yang sering muncul. Dengan mengenalpasti halangan-halangan ini, mungkin anda dapat mengelakkan daripada menjadi mangsa kepada kesannya yang melemahkan pelayanan anda. Seorang pastor perlu memikir secara strategik jika dia ingin untuk mengatasi pemusnah-pemusnah visi ini.



1. Pemusnah Visi - Tradisi

Salah satu halangan paling popular dan memudaratkan visi sejati ialah pemikiran bahawa Tuhan tidak akan membuat anda mengubah apa yang telah anda biasa lakukan sebelumnya. Ini biasanya diungkapkan melalui kata-kata seperti "tapi kita tidak pernah melakukannya dengan cara itu sebelum ini."

Pada realitinya, Tuhan menggunakan tradisi dalam pelayanan untuk memberikan orang suatu bentuk yang stabil dan konsisten. Tradisi boleh menjadi dasar untuk-Nya membina masa hadapan. Tradisi boleh menjadi jambatan di antara masa lepas dan masa hadapan, membolehkan orang memiliki suatu zon nyaman tatkala memfokus kepada-Nya.

"Dia memberkati tradisi-tradisi yang membina gereja dan umat-Nya, bukan kerana tradisi itu sendiri tetapi kerana ianya mencapai tujuan-Nya."

Tetapi Tuhan tidak mempunyai kegunaan untuk tradisi yang menyekat kemajuan. Dia memberkati tradisi-tradisi yang membina gereja dan umat-Nya, bukan kerana tradisi itu sendiri tetapi kerana ianya mencapai tujuan-Nya. Sesungguhnya, Dia cenderung membentuk semula tradisi-tradisi dengan menggerakkannya ke arah baru. Dia mengemaskinikannya dengan pernyataan yang lebih relevan dan masa kini terhadap kebenaran yang menjadi tunjang tradisi sebelumnya. Tetapi perhatian utama-Nya bukanlah tentang gaya atau bentuk tradisi itu. Kerinduan-Nya adalah keupayaannya untuk menarik orang kepada-Nya.

"Tradisi secara umumnya adalah bayangan masa silam. Visi selalunya merupakan bayangan masa depan."

Tradisi secara umumnya adalah bayangan masa silam. Visi selalunya merupakan bayangan masa depan.  Adakah ruang untuk menggandingkan keduanya? Tentu sekali! Sebab Dialah Allah yang mencipta dan memerintah di atas masa silam. Dia boleh menggunakan masa silam menjadi satu kebaikan dalam hidup dan pelayanan anda. Dia tidak perlu meluputkan semua ingatan masa silam ataupun untuk menyangkal nilai dan kuasanya. Sebaliknya Dia kemungkinan akan menggerakkan anda ke arah pelayanan yang membantu anda menjadi lebih matang. Menjadi matang bererti bertumbuh menjangkaui masa silam anda dan merangkumi apa yang anda pernah lakukan dan alami. Dia akan menggunakan masa silam anda untuk memperkaya masa depan anda.

"Dia akan menggunakan masa silam anda untuk memperkaya masa depan anda."

Dalam pelayanan anda, akuilah masa silam dengan segala pencapaiannya. Akui tradisi-tradisi dan pola-pola yang telah membolehkan anda menjadi impak kepada ramai jiwa untuk kemuliaan-Nya. Gunakan itu sebagai batu loncatan, membangun pelayanan anda untuk impak yang maksima. Buatlah tekad untuk menghormati masa silam anda dengan cara menyerapkan kekuatan masa silam ke dalam masa depan anda.


 <        Mukasurat      1     |    2    |    3    |    4    |    5    |    6        >


Tiada ulasan:

Catat Ulasan