George Barna |
Setelah mengkaji proses pembentukan dan penyampaian visi di banyak gereja, Aku telah memperhatikan sekumpulan penghalang visi yang sering muncul. Dengan mengenalpasti halangan-halangan ini, mungkin anda dapat mengelakkan daripada menjadi mangsa kepada kesannya yang melemahkan pelayanan anda. Seorang pastor perlu memikir secara strategik jika dia ingin untuk mengatasi pemusnah-pemusnah visi ini.
5. Pemusnah Visi - Kepenatan
Pelayanan tidaklah mudah. Biarpun pahlawan-pahlawan rohani yang terhebat memerlukan waktu rehat. Yesus mengambil waktu untuk bersendiri. Jika anda menghadapi masalah menimbulkan keghairahan akan visi atau anda menghadapi kesukaran menanggapi visi, anda perlu semak samada anda sudah kehabisan tenaga.
Visi memerlukan tahap iman dan tenaga yang tinggi. Mengejar visi tatkala anda sudah kepenatan adalah sesuatu yang tidak masuk akal. Kecenderungan semulajadi anda ialah untuk menolak perspektif yang memanggil anda untuk memecahkan halangan yang diketahui dan mencorak semula hal-hal yang diketahui. Kepenatan akan menghadkan visi dan pengaruh anda untuk-Nya.
Aku juga pernah menyaksikan kes-kes di mana sesebuah jemaat telah menolak visi Allah kerana ianya, sebagai satu tubuh, telah terlalu kepenatan dari pertempuran-pertempuran dan kemenangan-kemenangan yang baru dicapai untuk melayani kemungkinan mendaki puncak-puncak rohani yang baru. Pemimpin yang bijak mempersiapkan jemaat gereja untuk mendengar dan mendakap visi dengan menyakinkan mereka untuk beristirehat sebagai persiapan perjalanan seterusnya.
Sebagai seorang pemimpin yang bergelut dengan isu-isu yang mempunyai kepentingan sejagat dan abadi, anda juga mesti beristirehat dengan baik sebelum memulakan perjalanan mengejar visi. Bersiap untuk cabaran dengan mencaj semula bateri mental, emosi dan rohani anda. Apabila anda sudah dikuatkan untuk menghadap cabaran, itulah waktu untuk maju ke hadapan.

< Mukasurat 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 >
Tiada ulasan:
Catat Ulasan