Selasa, 9 Julai 2013

6 Pemusnah Visi (No.4 - Sikap Sudah Berpuas Hati)

George Barna
Oleh George Barna:

Setelah mengkaji proses pembentukan dan penyampaian visi di banyak gereja, Aku telah memperhatikan sekumpulan penghalang visi yang sering muncul. Dengan mengenalpasti halangan-halangan ini, mungkin anda dapat mengelakkan daripada menjadi mangsa kepada kesannya yang melemahkan pelayanan anda. Seorang pastor perlu memikir secara strategik jika dia ingin untuk mengatasi pemusnah-pemusnah visi ini.



4. Pemusnah Visi - Sikap Sudah Berpuas Hati

Kadang-kala kita gagal bertindak dengan bertenaga dan bersemangat kerana tidak sedar atau bersikap sudah berpuas hati. "Tak penting sangat apapun yang kita buat, Tuhan akan memberkati usaha-usaha kita." Kenyataan ini adalah ramuan untuk pelayanan yang separa masak dan separa diberkati. Dia ambil berat apa yang kita lakukan. Jika Dia tidak mengambil berat, Dia tidak akan memberi mimpi dan kata-kata kepada para nabi. Sesungguhnya, Dia tidak akanpun mengutus nabi-nabi. Jika Dia tidak ambil peduli, Dia tidak akan mengajar kita mendapatkan pimpinan-Nya dan meminta berkat-Nya. Jika Dia tidak peduli, Dia tidak akan mengizinkan petikan-petikan tertentu Alkitab untuk dijadikan sebahagian daripada buku suci itu. (contohnya Yakobus 2:14-17, Lukas 14:28-32, Wahyu 3:15-18)

Cinta Tuhan untuk manusia jelas terbukti dalam kisah Yesus Kristus. Kecintaan pemimpin-pemimpin yang memiliki visi seperti Paulus dan Daud jelas daripada apa yang mereka lakukan. Sikap sudah berpuas hati adalah pemadam kepada kecintaan yang membara. Sekali kecintaan itu telah dipadamkan, kita tidak berguna lagi dalam pertempuran sengit antara kuasa-kuasa terang dan gelap. Mereka yang mempamerkan sikap sudah berpuas hati dan sikap tidak sedar akan menjadi korban seterusnya dalam medan tempur rohani.

Sambil anda menilai usaha anda mencari visi-Nya, ukurlah tahap kecintaan anda. Adakah anda bersedia berusaha dengan segala tenaga anda? Adakah anda rela mati untuk kesempatan melihat visi itu menjadi kenyataan? Adakah anda cukup mementingkan hubungan anda dengan Tuhan dan untuk penggenapan visi yang telah Dia berikan kepada anda sehingga anda rela memberikan segala-gala yang anda miliki? Jika anda sungguh-sungguh untuk melayani-Nya dengan sepenuhnya, anda perlu mengenalpasti orang-orang yang hatinya suam-suam kuku dan tidak mengizinkan mereka menghindari prosesnya.


<        Mukasurat      1     |    2    |    3    |    4    |    5    |    6        >


Tiada ulasan:

Catat Ulasan