Rabu, 10 Julai 2013

Pemusnah Visi (No.6 - Pemikiran Jangka Pendik)

George Barna
Oleh George Barna:

Setelah mengkaji proses pembentukan dan penyampaian visi di banyak gereja, Aku telah memperhatikan sekumpulan penghalang visi yang sering muncul. Dengan mengenalpasti halangan-halangan ini, mungkin anda dapat mengelakkan daripada menjadi mangsa kepada kesannya yang melemahkan pelayanan anda. Seorang pastor perlu memikir secara strategik jika dia ingin untuk mengatasi pemusnah-pemusnah visi ini.



6. Pemusnah Visi - Pemikiran Jangka Pendik

Pada masa kini, pemimpin-pemimpin semakin suka membelanjakan sumber untuk faedah jangka pendik. Yang malangnya, cara sebegini bererti tidak ada sumber yang tinggal untuk jangka panjang. Dengan mengikut jalan ini masa depan yang baik akan terjejas demi mengejar kepuasan jangka pendik. Kita menghabiskan sumber dari masa lampau untuk menikmati masa kini sambil mengorbankan masa hadapan.

Sebaliknya, kebenarannya ialah visi Allah adalah untuk pelayanan adalah bersifat jangka panjang. Visi-Nya  mungkin sekali melebihi hayat orang yang memiliki visi itu. Matlamat-Nya adalah abadi, bukan sementara. Pengetahuan dan sumber-Nya adalah tidak terbatas, membolehkan kita untuk mengejar visi yang akan didukung-Nya sampai kesudahannya.

Waktu-Nya sering berbeza daripada waktu kita sendiri. Dia tidak rasa tertekan oleh masa. Dia telah menyediakan musimnya untuk segala perkara yang yang baik dan tahu rentak yang sesuai untuk kehidupan. Waktu-Nya adalah sempurna. Kita harus mengejar visi itu sejajar dengan waktu-Nya. Daripada mencari keberhasilan dengan kadar cepat dan faedah yang dapat dilihat dalam jangka pendik, bukankah lebih baik untuk memiliki impian yang besar dan menjadi sebahagian daripada transformasi asas dalam kehidupan manusia dan keseluruhan bangsa-bangsa. Visi-Nya boleh membawa kita sehingga menjadi peserta aktiviti yang sungguh besar maknanya. Ukurlah kejayaan anda dalam pelayanan mengikut respons anda pada waktu-Nya, bukan waktu dunia.

Pada akhirnya, andalah satu-satu orang yang boleh membatasi keupayaan anda untuk berimpian besar bersama Tuhan. Sebagai seorang pemimpin, anda mempunyai tanggungjawab untuk mengenalpasti dan mengatasi penghalang-penghalang visi Allah. Jika anda benar-benar komited untuk mengejar visi-Nya bagi pelayanan anda, perhatikanlah batu-batu penghalang ini sebagai zon berbahaya yang perlu dielakkan. Mereka bukan penghalang-penghalang yang harus mengeluarkan anda daripada beraksi di padang pelayanan rohani.

(Dipetik dan diterjemah daripada buku George Barna berjudul "The Power of Vision")


<        Mukasurat      1     |    2    |    3    |    4    |    5    |    6        >


Tiada ulasan:

Catat Ulasan