Selasa, 16 Julai 2013

Pengalaman & Pelajaran Menjadi Isteri Pastor (2) - Karen Evans

Karen Evans
Bahagian Kedua: Pengalaman & Pelajaran Menjadi Isteri Pastor - Karen Evans

Karen Evans menceritakan pengalaman dan pelajaran yang telah dilaluinya sebagai isteri seorang pastor selama 40 tahun. Karen dan suaminya, Jimmy juga adalah hos bersama program siaran televisyen "MarriageToday" yang disiarkan kepada lebih 100 juta keluarga di Amerika Utara dan melalui internet ke lebih 200 negara;

Apabila pelayanan diberi keutamaan melebihi perkahwinan, masalah akan timbul. Berkahwin dengan seorang pastor merupakan sebab yang lebih besar lagi untuk mengutamakan perkahwinan. Oleh kerana rasa takutnya sendiri, Jimmy mula renggang dengan kami secara mental dan emosi, yang membuatku untuk menjauhkan diri juga. Pelayanan mula membawa kesan ke atas perkahwinan kami. Stres yang berterusan dalam membesarkan anak-anak yang kecil membuat keadaan sukar. Aku tahu dalam hatiku bahawa adalah penting untuk mengakui secara jujur akan stres itu. Aku memberi sokongan kepada Jimmy dalam semua perkara mengenai gereja tetapi tidak dapat menerima perilakunya yang sentiasa meninggalkan kami di rumah dan membuatku merasa seperti ibu tunggal. Rasa tidak senang satu dengan lain makin bertambah. Aku mendapatkan nasihat daripada kawan-kawan yang lebih tua, tetapi mereka juga seperti tidak memiliki jawapannya.

Jimmy dan Karen Evans pernah
mengalami masalah dalam
hubungan rumahtangga
Setelah berselisih berbulan-bulan, kami mulai menyedari bahawa pelayanan telah diberikan tempat lebih utama daripada perkahwinan kami. Agak pelik, tapi sepanjang waktu itu aku tidak pernah mempersoalkan samada Jimmy harus meninggalkan gereja itu. Sebenarnya dia sendiri yang menawarkan untuk meletak jawatan demi menyelamatkan perkahwinan kami. Aku tahu meletak jawatan bukanlah jawapannya, tetapi mempertahankan perkahwinan kami sebelum gereja merupakan jalannya.

Kami mula berbincang bagaimana mengurangkan desakan pelayanan. Jimmy mendorongku untuk melihat bahawa dengan hanya menjadi isterinya adalah pekerjaan sepenuh masa di samping menjadi ibu dan sukarelawan di gereja dan tempat-tempat lain. Perjalanan peribadiku mendapat penyembuhan dan kematangan terjadi apabila kami belajar bagaimana untuk memimpin gereja dan memiliki perkahwinan yang bagus. Setelah bertahun Jimmy bertungkus-lumus sehingga kelesuan dan jatuh sakit, sekarang kami sama-sama menimbangkan apa yang penting dan mengatur masa dalam jadualnya. Di atas segalanya, utamakan perkahwinan anda terlebih dahulu.

Apa yang dialami oleh salah satu daripada kami akan membawa kesan kepada kedua-dua kami. Menjadi isteri kepada senior pastor adalah lebih mencabar lagi. Aku mengasihi gereja kami dan jemaatnya menakjubkan. Tetapi setiap gereja berhadapan dengan pergumulan dan kesakitan dan kelukaan orang lain. Seringkali kami akan mendengar tentang orang-orang yang kami kasihi meninggalkan kami dan berkata buruk mengenai Jimmy dan para penatua. Sangat menyakitkan untuk kehilangan perhubungan; ianya seolah-olah orang lebih mengutamakan isu-isu daripada persahabatan.

Banyak kali Jimmy dan aku akan berbincang mengenai berhenti daripada pelayanan sama sekali dan berpindah ke tempat di mana kami tidak dikenali dan menjadi anggota-anggota gereja yang biasa semula. Tetapi hati kami tidak mengizinkan kami. Kami akan berdoa dan berbincang, dan berdoa lebih lagi dan mengampuni lagi dan lebih lagi. Kami menghadapi kelukaan dengan berbincang tentang segalanya dan tidak mengizinkan satu sama lain untuk menarik balik pengampunan atau menyimpan rahsia.

Jimmy dan aku memberi pertanggunganjawab kepada satu sama lain, dan dia akan memberi pertanggunjawab kepada para penatua. Aku pernah secara peribadi memanggil beberapa daripada rakan penatua yang rapat kepadanya untuk memberitahu mereka tentang situasi yang membawa kesan kepadanya secara peribadi. Jimmy dan aku adalah satu, oleh itu apa yang kami laui secara peribadi membawa kesan kepada kami berdua. Jika anda tahu situasi tertentu di gereja sedang membawa kesan kepada pasanganmu, janganlah takut untuk mendapatkan pertolongan!


<  Sebelum         Mukasurat     1    |    2    |    3          Selepas  >


Tiada ulasan:

Catat Ulasan