Karen Evans menceritakan pengalaman dan pelajaran yang telah dilaluinya sebagai isteri seorang pastor selama 40 tahun. Karen dan suaminya, Jimmy juga adalah hos bersama program siaran televisyen "MarriageToday" yang disiarkan kepada lebih 100 juta keluarga di Amerika Utara dan melalui internet ke lebih 200 negara;
Anak-anak biarpun anak-anak pastor mesti menemukan iman mereka sendiri. Kami juga tahu bahawa anak-anak kami hidup di bawah perhatian umum. Jadi kami sering memberitahu mereka mengenai bagaimana sekiranya kami bukan bekerja di gereja, kami masih mengkehendaki mereka untuk hidup dalam cara yang memuliakan Tuhan. Kami tidak pernah mengizinkan gereja meletakkan tekanan ke atas mereka. Tapi kami tahu ianya tidak mudah bagi mereka. Sebanyak yang kami ingin untuk melindungi mereka, mereka perlu mencari iman mereka sendiri dan menghadapi banyak situasi kehidupan yang membina keperibadian.
Walaupun ada kemungkinan dilukakan dan dikhianati kawan-kawan, perhubungan masih berbaloi. Menjadi isteri pastor boleh menjadi sangat sunyi. Aku sentiasa mempunyai kawan-kawan yang rapat, tetapi aku boleh ingat waktu-waktu merasa sangat keseorangan di tengah-tengah apa yang sedang terjadi. Kami memberi begitu banyak dari diri kami kepada gereja, kadang-kadang mudah untuk hilang pengenalan diri kita. Kebanyakan kita mengalami perasaan yang serupa, tetapi sebagai seorang isteri pastor, kita takut untuk menyatakan perasaan benar kita dalam isu-isu itu.
Aku telah berdoa dari awal lagi agar Tuhan akan membawakanku kawan-kawan yang boleh kupercaya. Kawan-kawan yang matang yang bertahan dengan anda semasa waktu yang sukar adalah sangat berharga. Aku tidak takut bersifat terbuka sebanyak aku takut ditolak oleh orang-orang yang kukasihi. Anda tahu kedua-dua belah atau kebanyakan daripada setiap cerita, dan untuk membisu adalah sukar dan sunyi. Tetapi Tuhan melihat dan tahu, dan masih berbaloi membina perhubungan yang akan melalui api ujian bersama anda dan masih berada di situ pada kesudahan ujian itu.
Menjadi jujur akan apa yang anda perlukan adalah langkah pertama untuk mendapatkan apa yang anda perlukan. Adalah penting memberitahu suami anda bila anda ada keperluan untuk hanya mengucapkan sesuatu dan bila anda ingin dia memberi nasihat. Banyak kali aku sedang berhadapan isu-isu berkaitanku dan aku hanya ingin bercakap. Aku tidak semestinya meminta Jimmy untuk menyelesaikannya. Kadang-kadang aku cuma memerlukannya sebagai seorang kawan. Biarlah suami anda tahu dari awal apa yang anda sedang fikirkan. Bersifat jujur tentang apa yang anda takuti. Ianya juga sama pentingnya untuk membenarkannya bercakap dan tidak memberi nasihat kecuali dia memintanya. Jimmy dan aku memiliki nilai-nilai yang sama tetapi ada waktu-waktunya dia tidak memerlukan jawapanku tetapi pengertianku.
Peranan yang aku mainkan penting bagi keluarga kami - dan pelayanan. Melalui masa bertahun yang berlalu, aku telah belajar bahawa melayani Jimmy di rumah kami sama pentingnya dengan aku melayani di gereja. Aku berusaha menjadikan rumah kami suatu tempat yang damai, teratur dan boleh beristirehat. Walaupun Jimmy cuba membantuku di sekeliling rumah, aku sentiasa memperhatikannya dan jadualnya dan bagaimana aku dapat melayaninya dengan lebih baik supaya dia boleh kembali ke rumah dan berehat dari segala desakan kerja. Sekarang anak-anak kami sudah besar dan meninggalkan rumah, jadi ianya melibatkan tolak-ansur sepanjang setiap musim berbeza dalam perkahwinan kami dan anak-anak yang membesar. Kawan-kawanku tahu bahawa Jimmy dapat lakukan apa yang dia lakukan kerana sokonganku. Aku tidak lagi bergumul mengenai apa yang harus kujadi supaya seperti orang lain, samada di rumah ataupun dalam pelayanan. Aku tidak pernah menyesal meletakkan perkahwinan kami di tempat pertama dan rumah kami sebagai tempat untuk berlindung. Tuhan telah melihat hati kami dan telah memberi begitu banyak untuk kami kendalikan, tetapi yang paling penting sekali ialah untuk meletakkan hubungan kami dengan Yesus di tempat pertama dan selepas itu hubungan kami satu dengan lain.
Aku suka menjadi isteri pastor dan mengasihi gereja kami. Melalui tahun-tahun pengujian dan sukacita, aku bersyukur atas apa yang Tuhan telah lakukan dalam hidup kami dan dalam gereja. Menjadi sebahagian daripada tubuh Kristus yang lebih besar adalah sesuatu yang mengagumkan, oleh itu kepada anda semua yang melayani di samping suami anda, aku mengucapkan terima kasih. Aku menghargai dan suka perbezaan yang kita semua bawa sebagai wanita, isteri dan suami. Anda bukan sahaja menjadi bahagian yang indah dalam memimpin tetapi juga telah menjadi teladan dalam membantu dan melayani orang. Syabas, kawan-kawanku!
(Diterjemah daripada artikel Ministry Today bertajuk "Karen Evans: An Open Letter to Pastors' Wives" penulisan Karen Evans)
Anak-anak biarpun anak-anak pastor mesti menemukan iman mereka sendiri. Kami juga tahu bahawa anak-anak kami hidup di bawah perhatian umum. Jadi kami sering memberitahu mereka mengenai bagaimana sekiranya kami bukan bekerja di gereja, kami masih mengkehendaki mereka untuk hidup dalam cara yang memuliakan Tuhan. Kami tidak pernah mengizinkan gereja meletakkan tekanan ke atas mereka. Tapi kami tahu ianya tidak mudah bagi mereka. Sebanyak yang kami ingin untuk melindungi mereka, mereka perlu mencari iman mereka sendiri dan menghadapi banyak situasi kehidupan yang membina keperibadian.
Walaupun ada kemungkinan dilukakan dan dikhianati kawan-kawan, perhubungan masih berbaloi. Menjadi isteri pastor boleh menjadi sangat sunyi. Aku sentiasa mempunyai kawan-kawan yang rapat, tetapi aku boleh ingat waktu-waktu merasa sangat keseorangan di tengah-tengah apa yang sedang terjadi. Kami memberi begitu banyak dari diri kami kepada gereja, kadang-kadang mudah untuk hilang pengenalan diri kita. Kebanyakan kita mengalami perasaan yang serupa, tetapi sebagai seorang isteri pastor, kita takut untuk menyatakan perasaan benar kita dalam isu-isu itu.
Aku telah berdoa dari awal lagi agar Tuhan akan membawakanku kawan-kawan yang boleh kupercaya. Kawan-kawan yang matang yang bertahan dengan anda semasa waktu yang sukar adalah sangat berharga. Aku tidak takut bersifat terbuka sebanyak aku takut ditolak oleh orang-orang yang kukasihi. Anda tahu kedua-dua belah atau kebanyakan daripada setiap cerita, dan untuk membisu adalah sukar dan sunyi. Tetapi Tuhan melihat dan tahu, dan masih berbaloi membina perhubungan yang akan melalui api ujian bersama anda dan masih berada di situ pada kesudahan ujian itu.
Komunikasi penting dalam perkahwinan |
Peranan yang aku mainkan penting bagi keluarga kami - dan pelayanan. Melalui masa bertahun yang berlalu, aku telah belajar bahawa melayani Jimmy di rumah kami sama pentingnya dengan aku melayani di gereja. Aku berusaha menjadikan rumah kami suatu tempat yang damai, teratur dan boleh beristirehat. Walaupun Jimmy cuba membantuku di sekeliling rumah, aku sentiasa memperhatikannya dan jadualnya dan bagaimana aku dapat melayaninya dengan lebih baik supaya dia boleh kembali ke rumah dan berehat dari segala desakan kerja. Sekarang anak-anak kami sudah besar dan meninggalkan rumah, jadi ianya melibatkan tolak-ansur sepanjang setiap musim berbeza dalam perkahwinan kami dan anak-anak yang membesar. Kawan-kawanku tahu bahawa Jimmy dapat lakukan apa yang dia lakukan kerana sokonganku. Aku tidak lagi bergumul mengenai apa yang harus kujadi supaya seperti orang lain, samada di rumah ataupun dalam pelayanan. Aku tidak pernah menyesal meletakkan perkahwinan kami di tempat pertama dan rumah kami sebagai tempat untuk berlindung. Tuhan telah melihat hati kami dan telah memberi begitu banyak untuk kami kendalikan, tetapi yang paling penting sekali ialah untuk meletakkan hubungan kami dengan Yesus di tempat pertama dan selepas itu hubungan kami satu dengan lain.
Karen bersama suaminya Jimmy telah berkahwin lebih 40 tahun dan melayani di Gereja Trinity Fellowship di Amarillo, Texas dan di program televisyen MarriageToday di Detroit |
(Diterjemah daripada artikel Ministry Today bertajuk "Karen Evans: An Open Letter to Pastors' Wives" penulisan Karen Evans)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan