George Barna |
Setelah mengkaji proses pembentukan dan penyampaian visi di banyak gereja, Aku telah memperhatikan sekumpulan penghalang visi yang sering muncul. Dengan mengenalpasti halangan-halangan ini, mungkin anda dapat mengelakkan daripada menjadi mangsa kepada kesannya yang melemahkan pelayanan anda. Seorang pastor perlu memikir secara strategik jika dia ingin untuk mengatasi pemusnah-pemusnah visi ini.
2. Pemusnah Visi - Rasa Takut
Menanggap dan melaksanakan visi Tuhan boleh menjadi suatu perkara yang menakutkan. Seperti telah disebut terdahulu, visi memerlukan perubahan. Perubahan bererti bergerak keluar dari zon nyaman, melakukan perkara-perkara yang baru atau beroperasi dalam bidang-bidang yang kita kurang rekod kejayaan atau kurang tahap keyakinan. Perubahan itu boleh menakutkan. Bergerak ke arah yang baru atau mencuba kaedah-kaedah baru adalah penuh risiko. Risiko itu menambahkan kemungkinan kegagalan, dan tidak ada seorang di antara kita yang ingin gagal, terutamanya dalam pelayanan.
Kadang-kadang kita dikuasai rasa takut kerana kita pernah gagal di aktu lampau dan tidak lagi berani mengejar impian yang besar. Kadang-kadang kita memikirkan terus kegagalan lama kita atau keterbatasan kita. Daripada mendefinasikan kegagalan sebagai samada mengulangi kesilapan yang sama atau keengganan mengambil risiko, kita memikirkannya sebagai kegagalan mencapai matlamat kita. Kita kemudiannya mengizinkan rasa takut akan kegagalan untuk menghadkan kesempatan yang banyak menanti kita kepada kesempatan yang selamat. Dengan menfokus kepada kegagalan, kita akan kehilangan kesempatan untuk mencapai potensi kita.
Kita juga mengalami rasa takut dalam situasi yang kita tidak dapat kawal sepenuhnya. Sedikit saja orang Kristian, samada pemimpin atau tidak, sampai ke tahap di mana mereka dengan sepenuhnya melepaskan kekangan hidup mereka dan mengizinkan Allah untuk memerintah setiap waktu setiap hari. Kita seringkali tidak memiliki iman sebesar biji sesawi. Sebagai ganti, kita cuba menekankan wibawa kita ke atas masa depan kita. Akibatnya, kita menjadi terpaku dalam ketakutan, terbatas dalam kebolehan kita untuk menempuh jalan baru untuk kemuliaan Tuhan.
Visi menggantikan ketakutan dengan tenaga dan harapan. Ianya menolak ketidakpercayaan dan menggantikannya dengan damai dan keyakinan. Visi akan membangkitkan soalan, tetapi ianya tidak membangkitkan keraguan.
Jika anda dikelilingi ketakutan mengenai masa depan atau ketakutan mengenai visi yang Dia telah percayakan kepada anda, camkanlah apa punca ketakutan itu: kurangnya iman dalam kebolehan Allah bekerja melalui anda bagi tujuan-Nya. Doa sehingga mengatasi rasa takut itu. Serahkan kawalan atas pelayanan anda kepada-Nya. Percaya bahawa Dia dapat melakukan apa yang diingini-Nya.
< Mukasurat 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 >

"Kadang-kadang kita dikuasai rasa takut kerana kita pernah gagal di waktu lampau dan tidak lagi berani mengejar impian yang besar."
Kita juga mengalami rasa takut dalam situasi yang kita tidak dapat kawal sepenuhnya. Sedikit saja orang Kristian, samada pemimpin atau tidak, sampai ke tahap di mana mereka dengan sepenuhnya melepaskan kekangan hidup mereka dan mengizinkan Allah untuk memerintah setiap waktu setiap hari. Kita seringkali tidak memiliki iman sebesar biji sesawi. Sebagai ganti, kita cuba menekankan wibawa kita ke atas masa depan kita. Akibatnya, kita menjadi terpaku dalam ketakutan, terbatas dalam kebolehan kita untuk menempuh jalan baru untuk kemuliaan Tuhan.
Visi menggantikan ketakutan dengan tenaga dan harapan. Ianya menolak ketidakpercayaan dan menggantikannya dengan damai dan keyakinan. Visi akan membangkitkan soalan, tetapi ianya tidak membangkitkan keraguan.
Jika anda dikelilingi ketakutan mengenai masa depan atau ketakutan mengenai visi yang Dia telah percayakan kepada anda, camkanlah apa punca ketakutan itu: kurangnya iman dalam kebolehan Allah bekerja melalui anda bagi tujuan-Nya. Doa sehingga mengatasi rasa takut itu. Serahkan kawalan atas pelayanan anda kepada-Nya. Percaya bahawa Dia dapat melakukan apa yang diingini-Nya.
< Mukasurat 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 >
Tiada ulasan:
Catat Ulasan