Selasa, 16 Julai 2013

Pengalaman & Pelajaran Menjadi Isteri Pastor (1) - Karen Evans

Karen Evans
Oleh Karen Evans:

Menjadi isteri seorang pastor selama 40 tahun, pelbagai cabaran dialami, dan syukur kami telah belajar menghadapinya, terutama pada awal perkahwinan kami.

Kami berumur 28 tahun dan mempunyai dua anak kecil apabila Jimmy menerima panggilan untuk memimpin Trinity, yang menyebabkan beberapa tahun yang sangat sukar bagi perkahwinan dan keluarga kami.

Aku tahu bahawa pergumulan kami tidaklah unik kepada kami sebagai suami-isteri dalam pelayanan - jauh dari itu. Oleh itu apabila Jimmy memintaku menulis untuk Ministry Today edisi Julai/Ogos, aku tahu bahawa aku mahu berkongsi beberapa pengalaman dan kisahku dalam surat yang terbuka kepada mereka yang menjadi isteri pastor. (Jika anda seorang pastor dan sedang membaca ini, anda kemungkinan akan mendapat pengertian yang lebih jelas perjalanan yang diharungi isteri anda.)

Yang berikut ialah beberapa pelajaran yang khusus - yang sebahagiannya telah dipelajari melalui kesusahan - untuk mendorong anda bahawa anda bukan, dan tidak pernah seorang diri.

Perkahwinan dan keluarga adalah sasaran perdana Iblis, terutama perkahwinan pastor. Pada waktu kami memulakan MarriageToday, kami sebenarnya sedang menghadapi waktu-waktu yang paling sukar dalam kehidupan dan perkahwinan kami. Kami mula menyedari bahawa perkahwinan dan
keluarga adalah bahagian yang paling diserang oleh Iblis. Jika anda ialah isteri pastor, anda perlu menyedari bahawa Iblis mahu menghancurkan keluarga anda lebih lagi daripada gereja.


Karen dan suaminya Jimmy Evans adalah hos bersama program 
siaran televisyen "Marriage Today" yang disiarkan kepada 
lebih 100 juta keluarga di Amerika Utara dan 
melalui internet ke lebih 200 negara

Memahami bagaimana Tuhan melihatku memberiku kebebasan untuk menjadi diriku. Aku tahu aku bukanlah "isteri pastor" yang biasa. Aku tidak mengajar dan tidak mempunyai kebolehan dalam muzik. Gereja kami tidak pernah meletakkan tekanan ke atasku untuk menjadi lebih daripada isteri Jimmy.

Begitupun, beberapa tahun pertama merupakan tahun-tahun yang sungguh mencabar. Jimmy dan aku tidak mempunyai mentor dan pengalaman. Kami mengasihi gereja kami dan jemaatnya, tetapi tekanan mula menghimpit kami secara peribadi. Aku bergumul dengan perasaan bahawa aku bukan isteri yang Jimmy perlukan untuk memimpin gereja di samping perasaan kurang yakin diriku. Pergumulan paling besar bagiku ialah agar tidak merasa bersalah mengenai siapa diriku sebagai seorang peribadi sebelum kami datang ke gereja itu. Aku memohon Tuhan untuk mengubah diriku dan memberitahu-Nya bahawa aku rela menerima karunia untuk mengajar sekiranya Dia ingin memberikan kepadaku.


Suami isteri Jimmy dan Karen Evans

Pada tahun sebelum Jimmy menjadi senior pastor, aku telah mula membaca Firman setiap hari. Aku telah membuat komitmen kepada Allah untuk mengenal-Nya dan Yesus bagi diriku sendiri. Aku sedang bertumbuh dalam hubunganku dengan Allah dan Firman-Nya dan mula menyedari bahawa aku mempunyai karunia dalam melayani. Aku suka memuridkan wanita-wanita untuk bertumbuh di dalam Kristus. Aku juga ada kesukaan untuk doa. Aku dapati bahawa melayani dalam bidang-bidang pelayanan yang berbeza membantuku merasa diterima dan membuatku kurang memikirkan diriku.

Perubahan yang sesungguhnya berlaku apabila aku mulai melihat diriku melalui Firman dan bukan melalui rasa takutku dan tidak yakinku. Tuhan sedang menyembuhkan aku melalui Firman-Nya, dan ianya membuatku mula melihat nilai dalam diriku. Aku mula mengatasi rasa bersalah dan melihat diriku sebagai seorang anak Tuhan. Aku tidak lagi merasa tidak layak kerana suka menjadi seorang isteri dan ibu. Aku mula menerima diriku dan tidak takut untuk hanya menjadi diriku.


Mukasurat     1    |    2    |     3         Selepas  > 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan