George Barna |
Setelah mengkaji proses pembentukan dan penyampaian visi di banyak gereja, Aku telah memperhatikan sekumpulan penghalang visi yang sering muncul. Dengan mengenalpasti halangan-halangan ini, mungkin anda dapat mengelakkan daripada menjadi mangsa kepada kesannya yang melemahkan pelayanan anda. Seorang pastor perlu memikir secara strategik jika dia ingin untuk mengatasi pemusnah-pemusnah visi ini.
3. Pemusnah Visi - Anggapan Stereotaip
Anggapan stereotaip adalah praanggapan yang popular mengenai orang ataupun keadaan. Budaya Amerika penuh dengan stereotaip. Budaya dan pelayanan Kristian juga dipenuhi dengan stereotaip.
Baru-baru ini, aku berhadapan dengan berdozen-dozen stereotaip di gereja-gereja, yang kesemuanya telah kuuji dan terbukti tidak benar. Sebuah gereja di Arizona meneruskan dengan muzik organ tradisional pada hari Ahad kerana keahliannya lebih berumur. Sekalipun begitu kami mendapati bahawa ahli-ahlinya sudah bosan dengan gaya muzik tersebut dan menginginkan "sesuatu yang lebih moden dan hidup." Seorang pastor di Alabama menceritakan bahawa gerejanya dalam perselisihan mengenai peranan wanita dan bagaimana stereotaip yang berabad lama mengenai kebolehan dan karunia mereka telah menghalang mereka daripada melayani dalam cara-cara yang alkitabiah.
Stereotaip mengenai ciri-ciri kaum dan etnik, versi-versi terjemahan Alkitab, gaya berkhutbah tertentu, kemampuan pendidikan sekolah-sekolah tertentu, penerimaan gaya muzik tertentu, dan banyak lagi unsur-unsur lain telah menyebabkan pepecahan dan kesusahan di dalam gereja dan telah menghalang kita daripada menggerakkan gereja melepasi tembok dewan-dewan ibadahnya.
Stereotaip sering digunakan sebagai jalan pintas kepada kebenaran. Bagaimanapun, jalan-jalan pintas ini tidak wujud. Sebaliknya, visi Allah untuk pelayanan anda adalah berdasarkan kebenaran. Ianya menuntut agar anda melihat diri anda dan dunia anda secara realistik dan memberi tindak balas dengan cara yang realistik. Anggapan stereotaip akan membawa kepada keputusan yang buruk. Visi Allah akan membawa kepada keputusan yang bijak jika anda telah membersihkan fikiran dan hati dari persepsi yang silap yang dicerminkan oleh stereotaip.
< Mukasurat 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 >

Visi Allah akan membawa kepada keputusan yang bijak jika anda telah membersihkan fikiran dan hati dari persepsi yang silap yang dicerminkan oleh stereotaip.
Stereotaip mengenai ciri-ciri kaum dan etnik, versi-versi terjemahan Alkitab, gaya berkhutbah tertentu, kemampuan pendidikan sekolah-sekolah tertentu, penerimaan gaya muzik tertentu, dan banyak lagi unsur-unsur lain telah menyebabkan pepecahan dan kesusahan di dalam gereja dan telah menghalang kita daripada menggerakkan gereja melepasi tembok dewan-dewan ibadahnya.
Stereotaip sering digunakan sebagai jalan pintas kepada kebenaran. Bagaimanapun, jalan-jalan pintas ini tidak wujud. Sebaliknya, visi Allah untuk pelayanan anda adalah berdasarkan kebenaran. Ianya menuntut agar anda melihat diri anda dan dunia anda secara realistik dan memberi tindak balas dengan cara yang realistik. Anggapan stereotaip akan membawa kepada keputusan yang buruk. Visi Allah akan membawa kepada keputusan yang bijak jika anda telah membersihkan fikiran dan hati dari persepsi yang silap yang dicerminkan oleh stereotaip.
< Mukasurat 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 >
Tiada ulasan:
Catat Ulasan