Rabu, 11 November 2015

4 Kunci Untuk Mengenal Panggilanmu


Pada suatu pagi musim luruh yang kering, saya berkesempatan menikmati sarapan di sebuah restoran tempatan. Sambil saya duduk di meja dengan kopi, saya memerhatikan sekumpulan besar orang mengelilingi meja-meja yang telah digabungkan.

Selain dari mereka hanyalah saya pelanggan di halaman luar kedai itu, jadi saya tidak dapat elak mendengar perbualan mereka. Ternyata mereka adalah pesara-pesara yang lebih muda yang sering berkumpul untuk sarapan. Sambil seorang lelaki bangkit untuk pergi, salah seorang wanita memanggilnya, "Kau nak pergi sudah? Ke mana kau nak pergi? Kau dah bersara!"

Saya berfikir mengenai orang-orang yang sudah lama bekerja dan cuba membayangkan berapa ramai yang mungkin mengimpikan sarapan pagi seperti itu - hari-hari di mana kita boleh menghirup kopi dengan santai dan tidak ada tempat untuk ditujui. Idea ini mungkin menarik bagi setengah-setengah orang, tetapi ianya tidak membawa keriangan kepada saya. Jangan tersalah faham: memang benar satu hari nanti saya akan bersara daripada pekerjaan harian saya, tetapi adalah benar juga bahawa saya akan terus memburu panggilan saya sehingga ke akhir hayat saya. 

Christine Caine, pengasas A21 Campaign and PropelWomen, baru-baru ini memberi satu komen, "Apakah yang kamu akan buat - bersara dan main golf, betulkah? Selagi kita bernafas, Tuhan telah meletakkan kita di atas bumi ini untuk suatu tujuan."

Bertahun yang lalu, saya telah menemukan panggilan saya iaitu untuk menggunakan perjalanan saya bagi membantu orang lain menemukan jalan mereka - agar perjalanan saya boleh menjadi peta panduan bagi mereka yang sedang mencari jalan. Dengan menunjukkan perjalanan saya, saya berharap dapat membantu orang-orang lain mengelakkan jerat dan kejatuhan dalam perjalanan mereka. 

Anda mungkin sudah memiliki aspirasi besar untuk hidup anda, dan juga memiliki tekad untuk menjadi versi diri anda yang terbaik. Mengikuti panggilan anda adalah pelaburan untuk rasa aman diri anda. Orang-orang yang paling aman dan bahagia di dunia telah belajar menggunakan kebolehan-kebolehan mereka untuk mengejar kecintaan mereka yang sejati. 

Jadi bagaimanakah anda mengenal panggilan anda?

Ianya Apa Yang Membuat Anda Bangun Pagi Dengan Semangat

Ianya berkenan bukan saja dalam hati dan fikiran, tetapi bergelojak di jiwa anda. Bagi saya, ianya keterujaan yang saya rasakan apabila saya memikirkan bagaimana membina orang-orang yang bekerja untuk saya dan menyaksikan mereka mencapai matlamat dan impian mereka.

Ianya Apa Yang Terbagus Anda Lakukan Menurut Kata Orang-Orang Lain

Suatu panggilan itu dibina atas karunia-karunia tertinggi dan bakat-bakat terdalam anda. Saya sering dibimbing oleh pengertian ini berdasarkan 2 Timotius 1:5-7, "Dengarkan dengan rendah hati kepada orang-orang lain dalam  hidup anda: Mereka bukan saja mengesahkan karunia-karunia anda. Mereka juga adalah saluran Tuhan untuk membangkitkan potensi dalam anda."

Panggilan Adalah Cara Anda Gunakan Tenaga Anda Untuk Membawa Impak

Menjadi orang yang membawa jawaban menjadikan kerja anda bermakna. Ianya memberi anda peluang menjadi wira dalam kisah diri anda apabila kita dapat menyelesaikan suatu persoalan yang penting. Dalam semua yang kita lakukan, kita perlu merasa bahawa tindakan kita bertepatan dan mempunyai kesan yang dapat diukur dan yang kita anggap sebagai positif.

Ianya Waktu Dan Aktiviti Yang Membuat Anda Rasakan Kegirangan Tuhan

Tidak ada yang sepertinya bila kita menyedari kita sedang melakukan apa telah ditentukan untuk kita lakukan. Seperti digambarkan dalam filem Chariots of Fire, pelumba Olimpik dan johan 400 meter, Eric Liddell menyatakan seperti ini, "Saya percaya Tuhan mencipta saya untuk suatu tujuan. Tapi Dia juga membuat saya laju. Dan apabila saya berlari, saya merasakan kegirangan Tuhan."

Tidak seperti suatu pekerjaan untuk suatu musim, panggilan itu memanggil kita untuk seumur hidup. Ianya menyebabkan dorongan dalaman dan rasa tidak senang jika hidup di luarnya, dan damai bila kita menerimanya dan tinggal di dalamnya. Suatu pekerjaan itu dicatitkan atas resume (keterangan tentang pengalaman kerja). Panggilan itu terpahat untuk kenangan abadi.

Kenali panggilanmu dan kejarlah dengan tekun. Ianya mengubah segala-galanya.

(Diterjemah daripada artikel Relevant Magazine bertajuk, "4 Keys To Discovering Your Calling" penulisan Dee Ann Turner bertarikh 6 November 2015)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan